web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Persatuan Jamin Kenaikan Harga Ayam Tidak Terlalu Tinggi Bermula 1 Julai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Jun 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harga ayam yang dijangka meningkat di pasaran mulai 1 Julai depan susulan kerajaan memansuhkan kawalan harga siling bekalan makanan itu, dijamin tidak akan terlalu tinggi sehingga membebankan pengguna.

Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng Choon Ngee berkata, bagaimanapun pihaknya tidak dapat menganggarkan harga yang akan ditetapkan penternak.

Menurutnya, apa pun harga terbabit diyakini tidak terlalu mahal kerana penternak juga tidak mahu menanggung kerugian jika permintaan ayam berkurang.

“Kami akur saja dengan keputusan kerajaan berhubung perkara berkenaan, namun setakat ini saya tidak boleh menganggarkan harga pasaran ayam mulai 1 Julai.

“Jika mengikut pengiraan kami, harga jualannya tidak akan terlalu tinggi kerana jika ia terlalu mahal, pengguna pasti tidak mahu membelinya,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Jeffrey berkata, pihaknya memberi jaminan bekalan mencukupi untuk pelanggan disebabkan permintaannya di pasaran sudah stabil, tetapi menasihatkan pengguna tidak membuat pembelian panik.

“Seperti terjadi sebelum Aidilfitri lalu, permintaan ayam meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan bekalannya tidak mencukupi. Ia berkemungkinan disebabkan umat Islam sudah dua tahun tak sambut raya kerana COVID-19.

“Bagaimanapun, kini permintaan ayam di pasaran sudah stabil, namun jangan membuat sebarang pembelian panik kerana ia akan mengganggu harga dan bekalan ayam di pasaran,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS), Idrus Zainal Abidin berkata, beliau menjangkakan harga ayam selepas 1 Julai ini dianggarkan tidak melebihi RM10.30 per kilogram.

“Kami tiada masalah dengan keputusan kerajaan kerana kami boleh menjual ayam pada harga sebaik mungkin kepada pengguna.

“Saya jangkakan harganya tidak lebih RM10, namun paling tinggi pun mungkin sekitar RM10.30 sekilogram dan itu adalah harga berpatutan untuk penternak dan pelanggan,” katanya.

Idrus berkata, faktor terbesar peningkatan harga ayam di pasaran ketika ini adalah kos dedak yang diimport meningkat mendadak, malah sejak Januari lalu, sudah empat kali harga makanan tersebut dinaikkan.

“Harga ayam juga bergantung kepada harga anak ayam yang kini meningkat sekitar 10 sen hingga 20 sen untuk setiap ekor.

“Disebabkan faktor sebegini harga ayam di pasaran meningkat. Bukan penternak sengaja mahu menaikkan harga kerana kami juga takut jika tidak laku, namun kami perlu tampung kenaikan tersebut,” katanya.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan, kawalan harga siling ayam dan telur ayam serta subsidi minyak masak sawit tulen kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) tidak diteruskan mulai bulan depan.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan sesi libat urus dengan pemegang taruh industri ayam, baru-baru ini, Alexander berkata, langkah itu dilaksanakan untuk memastikan bekalan bahan makanan di pasaran lebih stabil dan bagi jangka masa panjang, sekali gus menstabilkan harga. - Getaran, 24 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'