web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Walk For Justice, 3 Termasuk Presiden Majlis Peguam Dipanggil Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 3:31PM

Sekumpulan peguam berhimpun di Padang Merbok bagi menuntut kebebasan badan kehakiman pada 17 Jun. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga lagi individu dipanggil polis untuk diambil keterangan berhubung perhimpunan Walk for Justice oleh Majlis Peguam minggu lalu.

Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah berkata, selain dirinya sendiri, turut dipanggil ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sekretriat majlis, Rajen Devaraj dan Ahli Majlis, Roger Chan.

Menurut beliau, mereka bagaimanapun membuat keputusan untuk tidak memberi keterangan apabila hadir di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 2.30 petang semalam.

“Polis hanya mengeluarkan notis di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan notis itu sendiri tidak menyebut undang-undang mana yang disiasat oleh polis.

“Seksyen 111 CPC merujuk kepada kuasa polis untuk menghendaki orang ramai hadir soal siasat dengan mengeluarkan notis bertulis kepada mereka,” katanya.

Karen berkata, pihaknya ketika dipanggil polis semalam dimaklumkan secara lisan bahawa siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) dan Peraturan 6 dan Peraturan 7, Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (Fasa peralihan ke Endemik 2022).

Katanya, mereka diwakili peguam ketika meminta polis mendapatkan salinan Laporan Maklumat Pertama (FIR) semasa dipanggil untuk memberi keterangan.

“Polis meminta kami membuat permintaan bertulis dan memberitahu, keputusan untuk memberikan kami FIR adalah semata-mata atas budi bicara mereka.

“Disebabkan kami hanya dimaklumkan mengenai seksyen dikatakan dan peraturan yang mana siasatan sedang dijalankan, maka saya dan dua yang lain memutuskan untuk tidak memberikan sebarang kenyataan kepada polis,” ujarnya.

Tegas Karen, Majlis Peguam Malaysia mahu mengingatkan semua rakyat berhubung kepentingan untuk mereka menyedari hak undang-undang masing-masing, termasuk ditemani peguam di balai polis.

Pada 17 Jun lalu, Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya dilaporkan berkata, penganjur perhimpunan perhimpunan Walk for Justice di Padang Merbok akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Katanya, kira-kira 220 individu terdiri daripada ahli Majlis Peguam dipercayai hadir dalam perhimpunan itu dan pihaknya telah mengenal pasti individu yang akan dipanggil.

Perhimpunan berkenaan diadakan lagi menuntut empat perkara, khusus untuk memastikan badan kehakiman negara dapat bergerak bebas. - Getaran, 25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tuntut Kebebasan Badan Kehakiman: Peguam Berhimpun Berarak Ke Parlimen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini