web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Apung Harga Ayam, Penternak Kata Tiada Isu - FLFAM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 5:57PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan untuk tidak mengapungkan harga ayam dilihat bukan isu besar kepada golongan penternak.

Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng Choon Ngee berkata, ini kerana proses permohonan subsidi telah dipermudahkan, justeru ia bukan lagi satu beban kepada penternak.

“Kalau subsidi akan berterusan, kita berasa senang hati sebab bahan sudah ‘settle’ banyak.

“Kalau harga hendak dikawal lagi, tidak jadi isu lagi sebab permohonan subsidi juga telah dipermudahkan jadi ia tidak menjadi satu beban kepada kita,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri semalam yang memberi jaminan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

Perdana Menteri menambah, harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Mengulas lanjut, Jeffrey berkata, proses permohonan subsidi kini adalah pantas kerana dilakukan secara atas talian berbanding kaedah manual seperti dahulu.

Beliau berkata, kaedah baharu itu hanya mewajibkan penternak mengisi tiga borang, berbanding 13 sebelumnya.

“(Proses permohonan) Sudah dipermudahkan dan dipercepatkan jadi isu subsidi tidak jadi isu lagi,” katanya.

Ditanya pendapatnya sama ada harga siling baharu itu akan kekal RM8.90 atau tidak, beliau berkata, ia adalah di luar bidang kuasa persekutuan untuk membuat ramalan.

Namun Jeffrey menambah, pihaknya akan mengikut ketetapan yang dibuat oleh kerajaan pada pengumuman itu kelak.

“Sekarang apa pun belum lagi dimuktamadkan, semua sedang buat keputusan bagaimana harga siling yang baharu. Kita pun belum tahu lagi jadi agak sukar untuk beri komen.

“Itu keputusan oleh kerajaan, apa yang diumumkan kita patuh,” katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya juga telah mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini.

Dalam mesyuarat tersebut katanya, pihak penternak telah memberi input masing-masing kepada Ronald.

“Kita telah berjumpa dengan Menteri MAFI pagi tadi. Pada perjumpaan itu, dia hanya ingin tahu ulasan-ulasan kita.

“Kita cuma beri ulasan. Kita beri pandangan kita, tetapi keputusan (harga siling ayam) itu pada (tangan) Kabinet,” katanya. - Getaran, 25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Subsidi Bersasar Minyak Masak Peket Diperluas Kepada Peniaga Mikro Tahun Depan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Salur Penjimatan Subsidi Kepada Penyelidikan, Pembangunan Ternakan Ayam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global