web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tambah Elaun Warden Solusi Jangka Pendek, Perlu Ada Penyelesaian Jangka Panjang 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 3:00PM

Kadar elaun warden di sekolah berasrama bawah KPM akan dinaikkan sebanyak 25 peratus mulai 1 Ogos depan, selepas kali terakhir ia disemak pada 1997. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan  (KPM) harus mewujudkan jawatan warden secara sepenuh masa sebagai solusi jangka masa panjang dalam mengurangkan beban guru.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang berkata, portfolio warden ketika ini dipikul oleh kumpulan guru yang sedia terikat dengan tugas hakiki masing-masing.

Aminuddin Awang
Aminuddin Awang

Menurut beliau, kewujudan jawatan warden sepenuh masa membantu meringankan beban golongan guru yang harus memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

“NUTP sememangnya berterima kasih dengan kenaikan kadar elaun sebagai warden mulai Ogos nanti, selepas kali akhir disemak pada 1997.

“Dengan kenaikan 25 peratus itu nanti, ketua warden bakal menerima elaun RM350 sebulan manakala warden RM300,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Aminuddin bagaimanapun berkata, usaha itu adalah penyelesaian jangka pendek dalam mengatasi masalah yang membelenggu selama ini.

Jelasnya, ada aspek lain yang perlu diberi perhatian agar isu beban tugas warden dapat diselesaikan untuk jangka panjang.

“Jawatan warden sepenuh masa membolehkan tugas dan tanggungjawab berkenaan dilaksanakan dengan lebih berkesan di semua asrama.

“Ia bukan sahaja menyenangkan guru yang tidak perlu memikul tugas tambahan, malah membolehkan setiap pelajar dipantau rapi, sekali gus mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, contohnya buli sesama rakan seasrama,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPMS) Johor, Mohd Tarmizi A.Razak  berkata, kenaikan elaun ini selaras dengan permohonan semua warden asrama, memandangkan kali akhir ia dilaksanakan adalah 25 tahun lalu.

“GPMS Johor merakamkan ucapan terima kasih kepada KPM atas pelbagai usaha berterusan bagi menyelesaikan segala masalah berkaitan warden asrama di 1,874 buah sekolah berasrama bawah kementerian.

“Dengan penambahan elaun ini, ia mampu meningkatkan jumlah warden sebanyak 63 peratus apabila permohonan baharu diterima, menjadikan bilangannya mencecah 9,868 orang berbanding 6,055 warden sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, pengurusan asrama juga akan menjadi lebih baik dengan penggiliran jadual tugasan yang lebih sempurna, kerana semua warden mendapat ruang rehat yang lebih mencukupi.

“Penambahan elaun ini membawa banyak kebaikan dan kesejahteraan kepada semua warga warden asrama sekolah yang disenaraikan di bawah KPM,9 katanya. – Getaran, 26 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'