web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemegang Lesen Premis Perniagaan Diberi Amaran Tidak Langgar Syarat Operasi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 7:01PM

Jalaluddin Alias (kiri) turut serta dalam operasi pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan di premis hiburan serta sosial di ibu kota.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) harus meningkatkan operasi pemantauan dan tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti perniagaan, terutama membabitkan premis hiburan dan sosial di sekitar ibu kota.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, kementeriannya memandang serius pelanggaran syarat lesen dilakukan pemilik premis dan aktiviti perniagaan.

“Sepanjang tahun ini, sebanyak 73 premis yang dikesan menjalankan aktiviti tidak bermoral dan melanggar syarat lesen, diperiksa DBKL menerusi tindakan khas yang dijalankan, melibatkan 50 premis disita dan 52 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama DBKL merangka pelaksanaan tindakan mengikut garis panduan dan peruntukan undang-undang yang diguna pakai dengan kerjasama ‘agensi sahabat’ penguatkuasaan lain,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Beliau berkata, DBKL dengan kerjasama beberapa agensi, seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaksanakan operasi bersepadu pada Ahad lalu bagi membanteras kegiatan haram.

Katanya, operasi tersebut menumpukan premis rumah urut dan pelacuran yang menjalankan operasi dengan melanggar syarat lesen serta kesalahan lain, seperti salah guna visa pelawat serta kesalahan syariah.

“Sebanyak empat premis dikenakan tindakan kompaun dan tutup serta-merta di bawah UUK 3(1), Undang-undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian WPKL 2016 kerana menjalankan aktiviti urut tanpa lesen serta aktiviti tidak bermoral (seks) dalam operasi ini.

“Turut disita 38 unit pelbagai peralatan berupa kondom, cecair pelincir dan peralatan kamera litar tertutup (CCTV). Kesemua premis ini ditutup di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976,” ujarnya.

Tambah beliau, KWP memandang serius pelanggaran syarat lesen dilakukan pemilik premis dan aktiviti perniagaan.

“Pemegang lesen diingatkan supaya jangan terlalu mengambil mudah isu pelanggaran syarat lesen kerana boleh dibawa ke jawatankuasa bagi pembatalan lesen perniagaan.

“Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan ini secara berterusan dari semasa ke semasa oleh kementerian akan diteruskan dengan kerjasama agensi sahabat,” jelasnya. - Getaran, 28 Jun 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang