web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bayaran Tambahan BKM Terus 'Diperdebatkan', Kerajaan Digesa Rancang Bantuan Jangka Panjang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 8:16PM

Nadzim Johan berkata kerajaan harus mengenalpasti bantuan bersifat jangka masa panjang dalam membantu golongan kurang berkemampuan, khususnya B40, bukan mengumumkan bayaran tambahan pada jumlah dinyatakan di bawah BKM. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini berhubung bayaran tambahan Bantuan Keluarga Malaysia yang membabitkan golongan B40 menerima RM100 untuk isi rumah dan RM50 bagi individu bujang, terus menjadi ‘buah mulut’ dan diperdebatkan beberapa pihak kerana dianggap tidak berbaloi.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, bantuan untuk meringankan bebanan golongan sasaran itu, sebaliknya tidak mampu menampung kos sara hidup yang semakin tinggi ketika ini.

Katanya, kerajaan harus mengenalpasti bantuan bersifat jangka masa panjang dalam membantu golongan kurang berkemampuan, khususnya B40, bukan mengumumkan bayaran tambahan pada jumlah dinyatakan di bawah BKM.

Nadzim Johan - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Nadzim Johan - Gambar oleh Azim Abd Rahman

“Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini perlu telus berhubung hala tuju hasil kerajaan, selepas penarikan subsidi yang berperanan membantu ekonomi rakyat.

“Serta hasil kerajaan perlu digunakan sebaik mungkin bagi membantu rakyat, termasuk semua golongan, bukan hanya B40 yang terjejas, bagaimana pula mereka yang tidak dapat bantuan? Semuanya kena dapat manfaat terbaik,” katanya kepada Getaran.

Nadzim berkata bantuan sementara seperti pemberian tambahan BKM bagi golongan B40, tidak membantu golongan terbabit keluar daripada kesusahan dan mengubah kehidupan ke arah lebih baik. - Gambar hiasan
Nadzim berkata bantuan sementara seperti pemberian tambahan BKM bagi golongan B40, tidak membantu golongan terbabit keluar daripada kesusahan dan mengubah kehidupan ke arah lebih baik. - Gambar hiasan

Nadzim berkata, rakyat menghadapi tekanan ekonomi yang semakin mencabar, sehingga menyaksikan pengguna juga perlu memainkan peranan mengawal perbelanjaan memandangkan beberapa subsidi barangan asas dihentikan kerajaan.

Jelasnya, bantuan sementara seperti pemberian tambahan BKM bagi golongan B40, tidak membantu golongan terbabit keluar daripada kesusahan dan mengubah kehidupan ke arah lebih baik.

“Kerajaan harus menyediakan peruntukan bagi penyediaan kursus kemahiran atau perusahaan kecil supaya rakyat boleh bergerak ke hadapan, selain mampu membantu mereka untuk jangka masa panjang.

“Contohnya, memberi syarat atau melonggarkan syarat pembukaan perusahan kecil dan bantu mereka dapat lesen, jadi di sini kerajaan pun boleh kurangkan pengeluaran dana,” ujarnya.

Dr Marimuthu Nadason
Dr Marimuthu Nadason

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr Marimuthu Nadason berkata, kerajaan harus menunda sementara projek mewah sedang dibangunkan dan memberi fokus terhadap kesejahteraan rakyat terlebih dahulu.

“Memang wajar kerajaan membangunkan mega projek bagi menstabilkan ekonomi negara ini, namum kerajaan terlebih dahulu harus menjaga kesejahteraan rakyat yang sedia terbeban dengan pelbagai krisis hidup.

“Jadi FOMCA menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan balik penarikan subsidi minyak masak sawit tulen botol dua, tiga hingga lima kilogram (kg),” katanya.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat atas pertimbangan keadaan ekonomi rakyat masih belum stabil akibat daripada pandemik COVID-19.

Tambahnya, kerajaan boleh memperkenalkan mekanisme subsidi minyak bersasar bagi menampung impak kenaikan harga minyak mentah, terutama membabitkan kumpulan berpendapatan rendah.

Pada masa sama, beliau berkata, subsidi bersasar yang menjadi hasrat kerajaan sukar dilaksanakan tanpa sistem data seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

“Kalau ada data, mungkin subsidi bersasar boleh dilaksanakan, tetapi kita tidak boleh anak tirikan golongan berada dan tidak berada.

“Kerajaan mungkin boleh tolong menggunakan BSH dan sebagainya kepada B40 dan M40, tetapi telur, ayam serta minyak adalah kegunaan semua rakyat Malaysia,” jelasnya. – Getaran, 28 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka