web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelajar IPTA Ditemui Mati Di Kolej Kediaman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 10:47AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA)  ditemui mati dalam bilik di kolej kediamannya, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner (ACP) A.A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu pada jam 7.45 malam dari pusat kawalan IPTA berkenaan.

Menurut beliau, mayat pelajar berusia 29 tahun tersebut ditemui oleh rakannya yang datang ke bilik, selepas lama tidak berjumpa mangsa.

“Rakan mangsa itu terhidu bau busuk, manakala pintu biliknya berada dalam keadaan berkunci dengan tingkap yang tertutup rapat.

“Saksi kemudian bersama beberapa kakitangan universiti berkenaan dengan dibantu pelajar lain membuka pintu bilik mangsa menggunakan kunci pendua,” katanya.

Anbalagan berkata, sebaik pintu berkenaan berjaya dibuka sekitar jam 4.30 petang, rakannya terkejut apabila mendapati mangsa sudah meninggal dunia dalam keadaan terlentang di atas lantai.

“Mayat mangsa ditemui bersebelahan katil, dan hanya mengenakan seluar panjang tanpa baju.

“Dia tinggal di bilik itu seorang diri dan berada di tahun akhir pengajian,” katanya.

Beliau memberitahu, pemeriksaan yang dijalankan di lokasi mendapati, barangan berharga seperti komputer riba dan telefon bimbit mangsa masih berada di dalam bilik berkenaan.

“Kali terakhir mangsa ditemui oleh rakannya adalah pada dua hari lalu dan siasatan di lokasi bagaimapun mendapati tiada unsur-unsur jenayah.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya. - Getaran, 29 Jun 2022




 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad