web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwa Difitnah, Suami Pengasas Dnars Skincare Failkan Saman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 4:00PM

Ahmad Shah Rizal mengadakan sidang media bagi memaklumkan mengenai tindakan undang-undang yang diambil terhadap beberapa pihak termasuk sebuah portal yang didakwa menyiarkan laporan berbentuk fitnah ke atas diri. - Tangkap layar dari Twitter Astro Awani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban memfailkan tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak, termasuk sebuah portal yang didakwa telah menyiarkan laporan berbentuk fitnah ke atas dirinya.

Datuk Ahmad Shah Rizal berkata, tindakan itu diambil selepas mengadakan perbincangan bersama ahli keluarga, demi membersihkan namanya yang telah tercemar.

Menurut beliau, tindakan berkenaan dilihat sebagai jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah sedia ada, yang sudah berterusan selama lebih tiga tahun.

“Kata-kata tidak berasas serta tuduhan keras, kononnya saya telah merancang kemalangan membabitkan arwah isteri saya (sehingga terkorban), memang tidak wajar sama sekali,” katanya pada sidang media hari ini.

Ahmad berkata, tuntutan undang-undang itu juga dibuat atas faktor keselamatan dan kepentingan  anaknya yang berusia sembilan tahun dan anak-anak tiri.

“Saya perlu mempertahankan maruah serta imej baik diri sendiri dan keluarga.

“Sehingga kini juga saya masih belum menerima sebarang panggilan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat,” katanya.

Difahamkan, keluarga Faziani memfailkan dua laporan kepada polis dan SPRM, susulan kematian usahawan itu yang didakwa mencurigakan.

Ahmad menarik perhatian, laporan pertama dibuat bagi menuntut siasatan semula kes kemalangan yang didakwa sebagai satu pembunuhan, manakala laporan kedua berhubung kait dengan pertukaran saham syarikat.

“Laporan SPRM pula berkenaan proses membawa masuk jenazah selepas nahas, kerana dikatakan tidak memiliki dokumen yang lengkap,” katanya.

Pada 16 Jun lalu, keluarga Faziani membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lanjut ke atas kematian Allahyarham yang disifatkan sebagai meragukan. – Getaran, 29 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka