web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Influenza, ILI Penyakit Bermusim, Orang Ramai Tak Perlu Panik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 8:22PM

ILI sememangnya berpotensi untuk tersebar dengan pantas, namun ia bukan dikategorikan sebagai penyakit serius dan merupakan kes bermusim yang sering berlaku. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak perlu panik dengan penularan penyakit influenza-like-illness (ILI) kerana ia adalah kes bermusim yang sering berlaku.

Pakar Kesihatan Am dan Pekerjaan, Dr Hanafiah Bashirun berkata, ILI biasanya berlaku untuk beberapa ketika sebelum hilang sepenuhnya.

Menurut beliau, ILI sememangnya berpotensi untuk tersebar dengan pantas, namun ia bukan dikategorikan sebagai penyakit serius yang mampu membawa maut atau memerlukan bantuan alat pernafasan, walaupun ada kalanya pesakit perlu dirawat di hospital.

“ILI adalah jangkitan biasa dan akan timbul dari semasa ke semasa. Pesakit hanya perlu dipantau dan mengasingkan diri daripada orang ramai agar tidak menjangkiti sesiapa.

“Jangkitan influenza lazimnya akan bertambah dari semasa ke semasa dan kita tidak nampak pertambahan itu sejak dua tahun lalu kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Hanafiah Bashirun
Dr Hanafiah Bashirun

Jelas Dr Hanafiah, langkah kerajaan mengurangkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 termasuk penjarakan fizikal sedikit sebanyak membantu influenza merebak dengan lebih pantas.

“Jangkitan di sekolah berasrama khususnya, semakin bertambah kerana pergaulan sesama pelajar yang pastinya kurang menitikberatkan aspek penjarakan fizikal.

“Berbanding sekolah harian, pelajar di sekolah asrama berada di bawah bumbung dan ruang lingkup yang sama, sekali gus memudahkan virus bawaan udara ini merebak. Mana-mana kes influenza ini, tidak kira ILI atau penyakit lain, lagi rapat mereka berinteraksi, lebih berpotensi virus untuk berjangkit,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan dicadang menimbangkan kemungkinan memberi vaksin influenza secara percuma, khususnya di kawasan yang mencatatkan kadar jangkitan tinggi, bagi mengekang penularan penyakit itu dalam komuniti.

“Kerajaan juga boleh menyediakan kemudahan di premis kesihatan awam, kerana kos bagi vaksin jenis ini di kemudahan kesihatan swasta agak tinggi.

“Vaksin ini memang penting bagi mencegah jangkitan, dan amat disyorkan untuk diambil setiap dua tahun,” katanya.

Dr Zainal Ariffin Omar
Dr Zainal Ariffin Omar

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, amalan menjaga kebersihan diri mampu mencegah jangkitan influenza.

“Jangkitan influenza ini akan berlaku dengan cepat sekiranya tiada penjarakan fizikal, ruangan tertutup dan tidak mengenakan pelitup muka.

“Begitu juga di asrama sekolah, justeru kesemua langkah penjagaan kesihatan itu jika diamalkan sebaiknya mampu mengurangkan kadar jangkitan,” katanya.

Dr Zainal Ariffin berkata, simptom influenza lazimnya mencakupi demam, selesema, batuk dan sakit sendi, menyebabkan ramai pesakit beranggapan mereka sekadar mengalami sakit biasa.

"Disebabkan itu, ada antara mereka tidak memandang serius sehingga mengundang implikasi buruk kepada kesihatan,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor mengesan peningkatan kes jangkitan ILI di institusi pendidikan, khususnya sekolah berasrama sejak dua minggu lalu. – Getaran, 29 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad