web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Miliki Rekod Pecah Rumah, Mengintai Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 10:48AM

Antara barang yang dirampas oleh polis. - Gambar ihsan Polis Petaling Jaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang individu disyaki terbabit kes pecah rumah, kecurian dan mengintai di kawasan perumahan di Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor dengan memiliki beberapa rekod jenayah itu, ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek ditahan minggu lalu susulan satu laporan dibuat seorang mangsa yang mendakwa pelbagai barang peribadi miliknya, hilang selepas rumahnya disyaki dipecah masuk.

“Siasatan awal mendapati, pada 22 Jun kira-kira jam 1.15 tengah hari polis menerima laporan daripada mangsa seorang wanita tempatan yang menyedari tingkap biliknya terbuka pada jam 8 pagi.

“Wanita berusia 35 tahun itu memeriksa di sekitar kawasan rumah dan mendapati pintu pagar dirosakkan. Mangsa mendapati telefon bimbit, kunci almari, kunci pejabat, dokumen bank dan set alat kosmetik hilang,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan di kawasan Seksyen 4, Petaling Jaya.

Katanya, pemeriksaan lanjut pihaknya terhadap suspek, menemukan pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dan curi, termasuk wang tunai, kotak perhiasan, kasut, barangan elektronik serta perhiasan emas.

“Polis turut merampas sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di kawasan Petaling Jaya.

“Semakan rekod lampau mendapati lelaki berusia 32 tahun itu, mempunyai tiga rekod jenayah dan satu rekod kesalahan berkaitan dadah,” ujarnya.

Tambah Fakhrudin, dengan tertangkapnya suspek, polis dapat menyelesaikan dua kes pecah rumah, satu kes curi motosikal dan satu kes mengintai di kawasan itu.

Jelasnya, suspek direman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - Getaran, 30 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global