web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suami Isteri Antara 3 Maut Kereta, Treler Bertembung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 11:54AM

Keadaan kenderaan Myvi yang berlanggar dengan sebuah treler. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri antara tiga maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan treler berhampiran Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah di Hulu Selangor, Selangor awal pagi tadi.

Kemalangan dilaporkan berlaku pada jam 4.30 pagi itu mengakibatkan mangsa, PS Thamilselvam dan isterinya, B Janani Sri yang masing-masing berumur 25 tahun, selain seorang individu, PS Sasitaran, 18 maut di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, kesemua mangsa yang maut adalah pemandu dan penumpang kereta jenis Perodua Myvi.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan membabitkan dua kenderaan, iaitu Perodua Myvi dan treler yang dipercayai berlanggar secara berdepan.

“Perodua Myvi itu dalam perjalanan dari Rawang ke Serendah, manakala treler dari arah bertentangan. Punca kemalangan masih dalam siasatan polis.

“Ketiga-tiga mangsa terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang melakukan pemeriksaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu treler berusia 39 tahun itu dibawa ke klinik di Rawang kerana mengalami kecederaan di dada.

“Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.

“Saksi kejadian dan individu yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Kes itu, katanya, disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 30 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi