web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Paksa’ Kontraktor Bumiputera Kelas F Naik Gred Tak Relevan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 8:32PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penetapan syarat kenaikan gred secara paksa oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) kepada kontraktor kecil G1 (Bumiputera)/Kelas F dalam masa tiga atau empat tahun akan datang, tidak relevan dilaksanakan.

Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Tukiman Radion berkata, sekiranya perkara itu direalisasikan kerajaan, Malaysia akan mengalami lambakan kontraktor G2 dalam pasaran.  

“Pada masa ini, kontraktor G2 berjumlah 14,000 orang dan kontraktor G1 yang dipaksa naik gred sebanyak 26,000 orang. 

“Kita semua sedia maklum semakin besar gred, semakin banyak modal diperlukan dan semakin sedikit tawaran projek disediakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Tukiman turut menggesa kerajaan memantau harga dengan menetapkan kadar siling bagi bahan tersebut.

Jelasnya, Jadual Kadar Harga perlu sentiasa dikaji dengan terperinci agar harga bahan binaan tempatan selaras dengan pasaran semasa. 

“Kenaikan harga bahan binaan ketika ini berlaku setiap dua  minggu sekali sejak berakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

“Ia memberi impak sangat besar kepada kontraktor kecil seperti kami kerana perlu membeli bahan binaan di kedai perkakasan dan bukan secara pukal dari kilang,” katanya. 

Tukiman berkata, pihaknya mengharapkan Kementerian Kewangan (MOF) mengembalikan semula pengurusan Kontraktor G1 Bumiputera/Kelas F kepada Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). 

Katanya, PERKOBF yakin PKK yang diuruskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), mampu mengendalikan 49,000 ahli persatuan itu dengan baik. 

“KUSKOP berperanan memperkasakan usahawan Bumiputera dan kami yakin akan lebih berdaya saing sekiranya diuruskan KUSKOP, berbanding Kementerian Kerja Raya ketika ini,” katanya. 

Menerusi kenyataan sama, Tukiman memaklumkan PERKOBF yang disertai 300 ahli menyerahkan memorandum kepada wakil MOF di Putrajaya hari ini bagi menuntut agar desakan terbabit dilaksanakan kerajaan. - Getaran, 1 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

4

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Bantah Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera, MPP UiTM Gerakkan Kempen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang