web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lambakan Ayam Bukti Kartel Masih Berkuasa - Asyraf Wajdi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 4:02PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi digesa menangani kewujudan orang tengah atau kartel yang dipercayai mengeksploitasi dan memanipulasi harga serta bekalan barangan keperluan rakyat.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana peningkatan harga barangan terbabit dilihat berlaku bukan disebabkan masalah di peringkat permintaan, sebaliknya di bahagian penawaran.

Menurut beliau, bekalan ayam yang secara tiba-tiba menjadi stabil selepas kerajaan menaikkan harga siling memberi isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam pasaran.

“Masa harga siling ayam ditetapkan pada RM8.90, tiba-tiba bekalan tiada. Apabila harga siling dinaikkan kepada RM9.40, tiba-tiba berlaku lambakan ayam sehingga ada tak habis dijual.

“Ini antara isyarat jelas bahawa inflasi hari ini bukan kerana permintaan luar biasa melebihi penawaran, sebaliknya berlaku masalah di peringkat penawaran dan bekalan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tangkapan layar laman Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Tangkapan layar laman Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Asyraf Wajdi menegaskan, pasukan tersebut harus serius melakukan siasatan terperinci dalam membanteras kartel yang mengeksploitasi serta memanipulasi harga dan bekalan.

Jelasnya, tindakan terbabit harus dilaksanakan kerajaan dan bukannya sekadar menghukum peniaga di hujung rantaian yang turut menjadi mangsa akibat kenaikan harga.

“Begitu juga isu minyak masak paket bersubsidi ketika ini yang sukar didapati di pasaran, berbanding minyak masak botol yang sudah ditarik subsidinya. 

“Apakah wujud sorokan bekalan atau ‘kawtim’ di belakang dengan pihak tertentu untuk meraih keuntungan di atas subsidi rakyat. Jangan kerana tersilap percaturan dan strategi jihad, rakyat susah menjadi mangsa,” katanya.

Kerajaan baru-baru ini menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan khas yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa itu berperanan untuk mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai.

Jelasnya, ia bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan semua isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

Beliau berkata, langkah tersebut dibuat berikutan cabaran peningkatan kos sara hidup akibat daripada perubahan iklim dan ketidaktentuan geopolitik, termasuk konflik antara Russia-Ukraine yang dijangka berlarutan sehingga memberi kesan kepada pasaran komoditi makanan serta bahan api.

Selain Annuar, pasukan khas ini dianggotai Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Getaran, 4 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

2

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Pertahan Harga Barangan Keperluan, Jauh Lebih Rendah Berbanding Dulu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini