web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Dadah Tumpas, Babit Rampasan RM1.06 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 5:43PM

Azmi Abu Kassim (tengah) menunjukkan barangan rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar oleh Rubini Nagarajah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif di sekitar Lembah Klang dan Selangor berjaya ditumpaskan, susulan tertangkapnya empat individu dalam Ops Katia bermula 5 Julai hingga semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Polis Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.06 juta dalam operasi terbabit.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan menerusi tiga serbuan berasingan di sekitar ibu kota dan Selangor sepanjang dua hari itu, bermula jam 6.40 petang hingga 1.10 pagi.

“Tangkapan pertama iaitu seorang warga tempatan dilakukan di tempat letak kereta di sebuah kondominium Jalan Bukit Segambut di sini, hasil risikan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur (JSJN KL) dan JSJN Selangor .

“Turut dirampas ialah 3,000 biji pil estacy, wang tunai berjumlah RM500 yang ada pada suspek dan di dalam keretanya ketika dia diberkas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Azmi Abu Kassim - Gambar Bernama
Azmi Abu Kassim - Gambar Bernama

Beliau berkata, soal siasat ke atas tangkapan pertama telah membawa kepada serbuan kedua dan ketiga di sebuah kompleks beli belah di Dutamas, di sini dan sebuah kondominium di Ampang.

“Sebanyak 10.14 kilogram (kg) dadah jenis ganja yang dianggarkan bernilai RM 25,350 dijumpai dalam kereta suspek kedua ketika dia diberkas di tempat letak kereta kompleks tersebut,” katanya.

Azmi berkata, dua individu lagi ditahan di sebuah unit kondominium di Ampang, bersama 142.02 kg ganja, 15.12 kg syabu, 785 gram (gm) heroin base serta sepucuk pistol jenis revolver bersama sembilan butir peluru hidup.

“Kondominium mewah itu dijadikan tempat memproses dan penyimpanan dadah sebelum ia dipasarkan ke seluruh ibu negara.

“Sindiket ini yang aktif sejak lima bulan lalu dan sengaja menjadikan kondominium mewah yang sukar dimasuki orang luar sebagai taktik untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan orang ramai,” ujarnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, kesemua suspek berusia antara 26 hingga 31 tahun tersebut dipercayai turut terlibat dalam kegiatan kongsi gelap di bawah Geng 36 dan 24.

Tambah Azmi, saringan  ujian air kencing mendapati dua daripada empat suspek berkenaan juga didapati positif dadah jenis THC.

Katanya, tiga daripada empat suspek memiliki rekod jenayah pergaduhan manakala dua suspek lagi memiliki rekod melibatkan kes bunuh.

“Nilai keseluruhan rampasan adalah RM 1.06 juta dan kesemua bekalan dadah itu mampu menampung kegunaan 300,000 penagih.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Bahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjatapi,” katanya.

Semua suspek direman selama tujuh hari hingga 12 Julai untuk membantu siasatan. - Getaran, 7 Julai 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'