web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Teliti Semula Undang-Undang, 40 Negara Maju Sudah Benarkan Ganja Perubatan - Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 7:05AM

Syed Saddiq - Gambar faill

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta meneliti semula undang-undang berhubung penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, lebih 40 negara sudah maju sudah menggubal undang-undang untuk membenarkan ganja perubatan di negara masing-masing.

Malah menurut beliau, Thailand juga sudah berbuat demikian.

“Thailand menerusi Akta Narkotik 1979 menggugurkan ganja dari senarai narkotik terkawal dan menjadi negara Asia pertama membenarkan rakyat mereka menggunakan bahan itu bagi tujuan perubatan,” katanya di sini.

Beliau menyatakan demikian susulan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) komposer dan penyanyi nasyid, Muhammad Yasin Sulaiman daripada dakwaan mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas pihak pendakwaan menarik semula pertuduhan.

Pengarah Pendakwaan Selangor, Khairul Azreem Mamat yang membuat permohonan itu kepada Majistret Muhammad Iskandar Zainol juga memaklumkan, pihaknya akan menuduh Yasin dengan dua pertuduhan baharu.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, negara jiran Indonesia juga telah memulakan perbincangan awam berkenaan usaha untuk membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.

Menurut beliau, Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam penggubalan undang-undang seumpama itu.  

“Data dan sains untuk ganja perubatan adalah jelas dan diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kes seperti saudara Yasin perlu menjadi satu isyarat yang jelas untuk kerajaan Malaysia membantu lebih ramai pesakit di luar sana,” ujarnya.

Gesaan Syed Saddiq itu, turut disokong bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan Senator Datuk Ras Adiba.

Keduanya berpendpaat, langkah serius perlu diambil  untuk membenarkan pesakit mengambil ganja perubatan secara sah di Malaysia melalui pindaan undang-undang. - Getaran, 8 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Syed Saddiq Didapati Bersalah Tuduhan Bersubahat Pecah Amanah, Salah Guna Harta, Ubah Wang Haram

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Bebas Atau Bersalah, Nasib Syed Saddiq Diketahui Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka