web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wajar Kaji Hukuman Mati, Pastikan Benar-Benar Berkesan Tepati Keadilan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 6:37PM

Musa Hassan merakamkan gambar bersama gabungan bukan kerajaan (NGO) lain ketika ditemui Medan Niaga Tasik Damai, di sini, hari ini. - Gambar Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kajian terhadap hukuman mati, termasuk mandatori amat penting bagi memastikan hukuman dilaksanakan benar-benar berkesan dan menepati prinsip keadilan.

Presiden Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan berkata, pemansuhan hukuman mati mandatori adalah satu langkah positif, tetapi adalah tidak wajar sekiranya ia dihapuskan secara keseluruhan.

Menurut beliau, desakan untuk menghapuskan hukuman terbabit secara total dilihat hanya disuarakan oleh aktivis hak asasi manusia berpaksikan aliran liberal Barat.

“Kita iktiraf hak asasi kemanusiaan namun perlu juga melihat hak kepada keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang akibat perbuatan penjenayah. 

“Bukan mudah untuk menghukum seseorang penjenayah kerana polis perlu menyiasat secara terperinci, dapatkan keterangan kukuh yang membolehkan penjenayah dikenakan hukuman khususnya hukuman mati, perlu diteliti,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hishamuddin Hashim - Gambar Aiman Sadiq
Hishamuddin Hashim - Gambar Aiman Sadiq

Hadir sama, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim dan Peguam Jenayah Protect Malaysia, Christina Teng.

Musa berkata, siasatan terperinci dan menyeluruh sememangnya wajib dilakukan dalam mana-mana jenayah yang membawa sabitan hukuman mati kerana bimbang berlaku senario ‘tersilap hukum’.

“Sebab itu, ia memerlukan jangka masa panjang dan penelitian sebelum dituduh serta dikenakan hukuman mati,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim dan Peguam Jenayah Protect Malaysia, Christina teng.

Jelasnya, keadilan kepada keluarga perlu dipandang serius dan tidak boleh diketepikan bagi mengelakkan tercetusnya polemik dalam masyarakat.

Musa menarik perhatian, semakan hukuman mati mandatori atau pilihan secara menyeluruh sekiranya tidak dilaksanakan

dikhuatiri akan meningkatkan peratusan kes jenayah.

“Kita boleh melihat negara-negara yang memansuhkan hukuman mati secara keseluruhan, berlaku peningkatan jenayah seperti di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, apabila seorang individu melepaskan tembakan rambang dan menyebabkan banyak kematian.

“Malaysia tidak boleh jadi begitu, sebab itu kita perlukan hukuman mati mandatori dikekalkan dalam kes-kes serius dan janganlah anggap hukuman itu tidak memberi keadilan kerana kes dibicara di mahkamah. Terpulang (pada) kuasa pihak hakim untuk menilai semua faktanya,” katanya.

Sementara itu, Hishamuddin yang turut senada dengan Musa mengharapkan hukuman mati mandatori dikekalkan ke atas jenayah berat melibatkan nyawa serta kesalahan mengedar dadah.

Menurut beliau, semua jenayah yang dilakukan tanpa niat namun melibatkan nyawa atau mangsa keldai dadah bagaimanapun wajar digantikan dengan hukuman mati pilihan.

Katanya, terdapat keperluan kerajaan mengguna konsep hukuman Diyat untuk dipraktikkan sebagai hukuman jenayah yang melibatkan kematian nyawa, kerana ia berbentuk pampasan yang akan dibayar oleh pesalah atau waris keluarganya kepada mangsa.

“Ia wajar diteliti kerana merupakan bentuk keadilan kepada waris atau keluarga mangsa dibunuh. Kami amat harapkan kesudian kerajaan menimbangkannya agar pembaharuan hukuman bunuh yang bakal diperkenalkan kerajaan akan lebih mementingkan keadilan kepada waris mangsa.

“Ini bagi meneruskan kehidupan setelah kehilangan orang yang disayangi akibat perbuatan jenayah. Kerajaan perlu berperanan untuk menjamin hak-hak kemanusiaan,” katanya. - Getaran, 8 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Bunuh Pencari Besi, Peniaga Warung Terlepas Hukuman Mati

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Mati 6 Lelaki Bunuh Kevin Morais

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Buruh Bunuh Teman Wanita Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 35 Tahun

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah