web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hukuman Mati Mandatori Kartel, Pengedar Dadah Perlu Dikekalkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 7:07PM

Christina Teng - Gambar Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Hukuman gantung sampai mati perlu dikekalkan khususnya bagi melibatkan kesalahan melibat dadah.

Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pindaan pada 15 Mac 2018 menyerahkan pelaksanaan hukuman berkenaan kepada budi bicara hakim, sama ada mahu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup buat kesalahan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) bagaimanapun berkata, tindakan mengekalkan hukuman itu mampu mendatangkan ketakutan dan membuatkan pesalah gerun untuk terus melakukan jenayah tersebut.

“Tindakan menghapuskan hukuman berkenaan ialah langkah setapak ke belakang dalam dalam menangani masalah dadah di negara ini.

“Bagi kes dadah, saya beranggapan hukuman mati jika dimansuhkan akan merancakkan lagi aktiviti pengedar di Malaysia. Bagi saya, hukuman mati mandatori perlu dijatuhkan kepada sindiket atau kartel dadah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim; Peguam Jenayah Protect Malaysia, Christina Teng dan Presiden Pembela Ummah, Mohd Zai Mustafa.

Jelas Musa, dadah sekian lama diakui sebagai musuh negara yang akan merosakkan masa depan rakyat, khususnya generasi muda.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zai menegaskan, hukuman gantung sampai mati itu juga akan menimbulkan ketakutan serta kegerunan kepada individu yang mahu melibatkan diri dalam jenayah berkenaan.

Tegasnya, barisan pengedar pelapis sentiasa bercambah walaupun tangkapan kerap kali dibuat pihak berkuasa disebabkan rangkaian sedia ada, apatah lagi apabila ia menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan.

“Kartel dadah ini bila tiada hukuman mati mandatori menyebabkan pihak terbabit akan menguasai negara kita. Hukuman ini perlu dilaksanakan. Mereka tidak akan gentar kerana ada wang dan pemansuhan hukuman mandatori sangat ditunggu-tunggu oleh semua kartel yang beroperasi di Malaysia,” katanya.

“Apa yang dibimbangi adalah risiko yang bakal ditanggung rakyat jika golongan itu terus bermaharajalela kerana hukuman mati sudah dimansuhkan,” katanya. – Getaran, 8 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 3 bulan yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Filem & TV 4 bulan yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah