web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ops Noda Tahan 13 Individu, Termasuk ‘Pondan’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 1:22PM

Seramai 12 GRO termasuk dua ‘pondan’ ditahan dalam Ops Noda polis daerah Sentul, semalam. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 13 individu termasuk dua menyerupai wanita yang dipercayai bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Taman Usahawan Kepong di sini, ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kesemua individu terbabit ditahan ketika serbuan menerusi Ops Noda kira-kira jam 6.58 petang.

Ops Noda dijalankan polis daerah Sentul di sebuah pusat hiburan di Taman Usahawan Kepong, menahan 13 individu, termasuk penjaga premis. - Gambar ihsan PDRM
Ops Noda dijalankan polis daerah Sentul di sebuah pusat hiburan di Taman Usahawan Kepong, menahan 13 individu, termasuk penjaga premis. - Gambar ihsan PDRM

“Ketika serbuan, seramai 13 individu terdiri daripada seorang lelaki tempatan yang juga penjaga premis, selain dua lelaki menyerupai wanita serta 10 wanita dengan kesemua mereka warga asing ditahan.

“Warga asing berusia antara 23 hingga 45 tahun itu, dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat hiburan terbabit,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut dilakukan membawa kepada rampasan pelbagai peralatan sistem audio, selain wang tunai berjumlah RM159.

Katanya, siasatan mendapati premis tersebut berdegil meneruskan operasi walaupun sudah lima kali diserbu sejak Januari lalu hingga bulan ini.

Mengulas lanjut, Eng Lai berkata, modus operandi sindiket berkenaan adalah berselindung di sebalik pusat hiburan yang sudah beroperasi sejak tujuh bulan lalu dengan menawarkan khidmat GRO untuk mengumpan lelaki 'hidung belang'.

Pelbagai peralatan sistem audio turut dirampas dalam operasi itu. - Gambar ihsan PDRM
Pelbagai peralatan sistem audio turut dirampas dalam operasi itu. - Gambar ihsan PDRM

“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek lelaki tempatan mempunyai lima rekod pelbagai kesalahan, manakala 12 suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39 B akta sama, selain Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak terbabit di dalam sebarang aktiviti tidak sihat.

“Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil terhadap individu melanggar peraturan ditetapkan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan jenayah, boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di 03-40482222," katanya. - Getaran, 9 Julai 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'