web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Sikh Dalam Filem Mat Kilau: Garis Panduan Bawah LPF - FINAS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 6:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan garis panduan untuk semua kandungan penerbitan terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Penapisan Filem (LPF) di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zurainah Musa berkata demikian susulan kebimbangan Pertubuhan United Sikhs Malaysia bahawa filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mempunyai komponen fiksyen yang mungkin mencetuskan salah faham agama dan perkauman.

“Perbadanan ingin menekankan bahawa penguatkuasaan garis panduan untuk semua kandungan penerbitan terletak di bawah bidang kuasa LPF di bawah KDN.

“FINAS pula memberi sokongan dan galakan, iaitu Dana Kandungan Digital (DKD) serta penyediaan perkhidmatan pasca produksi kondusif untuk pembangunan filem tersebut,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan menghalang atau menyekat usaha mana-mana pihak atau individu untuk mengeluar dan menerbitkan hasil karya seni mereka, seperti dikuatkuasakan dalam Akta 244 serta pematuhan kepada perundangan kerajaan Malaysia yang berkuat kuasa.

Bagaimanapun, katanya, sebagai badan peneraju perfileman negara, FINAS menyeru agar penggiat industri kreatif turut peka terhadap sensitiviti penonton di negara ini yang kaya dengan budaya dan agama.

Semalam, United Sikh Malaysia menerusi kenyataan meluahkan rasa kecewa apabila filem Mat Kilau menggambarkan kaum Sikh sebagai ganas.

Menurut pertubuhan itu, kod amalan agama Sikh melarang penganutnya menggunakan kekerasan terhadap orang tua, kanak-kanak, wanita dan mereka yang tidak berdaya, walaupun ketika perang.

United Sikh Malaysia secara khusus membangkitkan isu paparan orang Sikh sebagai askar British yang mencederakan orang tua, kanak-kanak dan orang tidak berdaya dalam filem tersebut. - Getaran, 9 Julai 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'