web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Suspek Penipuan Pakej Haji Diserah Ke Polis Selangor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 2:39PM

Lima individu yang ditahan akan diserahkan kepada polis Selangor bagi siasatan lanjut. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Lima individu yang ditahan selepas dipercayai terbabit dengan penipuan ke atas hampir 400 bakal jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lalu, akan diserahkan kepada polis Selangor bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan dijalankan pihaknya ke atas kesemua suspek berkenaan termasuk pemilik sebuah agensi pelancongan itu sudah selesai.

Katanya, polis Selangor akan meneruskan siasatan ke atas agensi pelancongan yang dipercayai mendalangi penipuan pakej haji terbabit.

"Rakaman dan keterangan dari kesemua lima suspek mewakili dua agensi tersebutdiambil oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

“Kesemu suspek kini telah diserahkan kepada  kepada Polis Selangor hari ini  bagi menyambung siasatan berhubung kes yang dilaporkan di negeri itu pula,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, setakat ini, tiada sebarang tangkapan baharu berkaitan kes dilakukan oleh pihaknya.

Semalam Ashari memaklumkan, sebanyak 23 laporan polis diterima di Kuala Lumpur daripada mangsa membabitkan kerugian lebih RM760,000, dengan 18 laporan  diterima oleh IPD Wangsa Maju.

Susulan itu,  pihaknya menahan lima individu kira-kira jam 9 malam kelmarin di beberapa lokasi sektitar ibu negara. untuk membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tangkapan terdiri daripada pemilik sebuah agensi pelancongan dan isterinya, seorang ejen serta dua pekerja di pejabat agensi pelancongan terbabit di Danau Kota, Setapak.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, dalam satu kenyataan semalam pula berkata, sebanyak 57 laporan polis diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan kes itu membabitkan kerugian lebih RM2.3 juta, setakat semalam.

“Sebanyak 25 laporan polis diterima di Selangor membabitkan kerugian berjumlah RM620,000, manakala 23 laporan polis diterima di Kuala Lumpur (RM766,500).

“Empat lagi laporan polis diterima di Pahang membabitkan kerugian berjumlah RM874,000,” katanya.

Tambah beliau, laporan polis juga diterima, masing-masing satu di Pulau Pinang (RM32,000), Perak (RM25,000), Negeri Sembilan (RM16,000), Terengganu (RM38,000) dan Johor. – Getaran, 10 Julai 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka