web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Index Nasi Ayam: Keuntungan Atau Pelanggan? Dilema Penjual Depani Kenaikan Harga

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Jul 2022 12:09PM

Hanya lima daripada 20 premis nasi ayam yang ditinjau memilih untuk menaikkan harga. - Gambar oleh Qistina Nadia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ditekan dengan peningkatan kos ekoran krisis ekonomi yang berterusan, golongan peniaga nasi ayam di Lembah Klang nampaknya berada dalam dilema sama ada perlu menaikkan harga jualan mereka atau sebaliknya.

Ramai yang bimbang dengan tindak balas daripada pelanggan jika mereka menaikkan harga jualan, termasuk risiko kehilangan semua pelanggan tersebut.

Tinjauan oleh The Vibes mendapati, hanya lima daripada 20 premis nasi ayam di sini terpaksa menaikkan harga jualan mereka, dalam mendepani kenaikan kos bahan mentah ketika ini.

Yang selebihnya, meskipun belum menaikkan harga tetapi mungkin terpaksa berbuat demikian selepas ini sekiranya kos bahan utama seperti minyak masak dan ayam mentah terus meningkat.

Kedua-dua kumpulan peniaga tersebut bagaimanapun sedar dengan penerimaan pelanggan terhadap langkah sedemikian.

Golongan peniaga yang terpaksa menaikkan harga itu terpaksa menongkah arus dan mengambil risiko berlaku tindak balas daripada pelanggan, yang turut berdepan cabaran kewangan.

Sementara peniaga yang masih belum menaikkan harga pula tidak sanggup berdepan dengan ketidakpastian pelanggan.

Pemilik Warung Nasi Ayam Pak Ayub di Bangsar South, yang telah menaikkan harga kepada RM7.50 daripada RM7, mengeluh bahawa dia terpaksa berbuat demikian bagi membolehkannya membayar gaji pekerja dan mendapat keuntungan, walaupun tidak seberapa.

“Kami tidak menaikkan harga secara sesuka hati. Situasi semasa telah meletakkan kami di kedudukan yang sukar. Saya bersyukur dengan keuntungan yang saya peroleh,” kata peniaga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Ayub.

Dia mendakwa, kebanyakan pendapatan perniagaannya yang sederhana dibelanjakan untuk membeli bahan mentah, yang dilihat telah meningkat hampir dua kali ganda dari segi kos.

Peniaga gerai Nasi Ayam Mass di Medan Selera, Taman Setiawangsa berkata beliau khuatir menaikkan harga hidangan di gerainya akan mendorong pelanggan kepada pesaingnya. - Gambar oleh Qistina Nadia
Peniaga gerai Nasi Ayam Mass di Medan Selera, Taman Setiawangsa berkata beliau khuatir menaikkan harga hidangan di gerainya akan mendorong pelanggan kepada pesaingnya. - Gambar oleh Qistina Nadia

Pak Ayub menambah, dia telah bergelut untuk membayar gaji pekerjanya sejak dua bulan lalu.

“Saya pernah membelanjakan kira-kira RM5,200 untuk bahan mentah tetapi sekarang saya membelanjakan hampir RM5,700. Semahal mana pun bahan mentah itu, saya tetap perlu membelinya dan berusaha mencari rezeki,” katanya.

Tambahnya, pengunjung yang kebanyakannya pelanggan setia turut bersimpati dengan kepayahan yang dialaminya, walaupun turut mengalami kesukaran sendiri dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Meluahkan sentimen sama, pengusaha gerai nasi ayam di Chun Heong Kopitiam, Bangsar berkata, selain bahan makanan mentah menjadi lebih mahal, bekas membungkus makanan dan kutleri pakai buang juga menyaksikan kenaikan harga.

“Saya pernah membeli bungkusan plastik makanan dengan harga RM13.80, tetapi harganya sudah meningkat kepada RM16,” keluhnya.

Dia berkata, kenaikan harga sebanyak RM8 daripada RM7 secara purata bagi hidangannya sepinggan telah diterima dengan baik oleh pelanggan, yang turut kecewa dengan isu berkaitan inflasi.

Sementara itu, pengusaha Restoran Hoe Fong Chicken Rice, Toh Chin Sing berkata, walaupun dia mampu menjual nasi ayam pada harga RM8, kos bahan yang melonjak telah memberi kesukaran kepadanya dalam mengimbangi usaha mengekalkan pelanggan serta memastikan survival perniagaannya.

“Saya tidak boleh mengambil risiko meletakkan harga yang lebih tinggi.

“Ramai pelanggan tetap akan merungut jika saya mula mengenakan caj lebih 50 sen,” katanya kesal, sambil menambah bahawa dia biasanya menggunakan dua botol minyak masak lima kilogram (kg) dan sekitar 20 ekor ayam dalam sehari.

Keluhan sama turut dikongsi pengusaha gerai Nasi Ayam Mass di Medan Selera, Taman Setiawangsa.

“Jika saya menaikkan harga, pelanggan boleh memilih untuk beralih ke pesaing dan saya tidak mahu mengambil peluang itu,” katanya.

Ditanya jika mereka akan mengurangkan saiz hidangan untuk mengimbangi harga makanan yang tidak berubah, semua penjual tersebut menekankan bahawa mereka tidak akan mempertimbang langkah itu kerana percaya bahawa konsistensi produk adalah kunci untuk memastikan pelanggan kembali.

Notis ditampal disebuah gerai makan memberitahu pelanggan tentang kenaikkan harga nasi ayam. - Gambar oleh Qistina Nadia
Notis ditampal disebuah gerai makan memberitahu pelanggan tentang kenaikkan harga nasi ayam. - Gambar oleh Qistina Nadia

Beberapa peniaga yang cuba mengharungi gelombang inflasi tanpa menaikkan harga juga memberitahu, mereka baru-baru ini terpaksa berbuat demikian selepas Hari Raya Aidilfitri dan menunggu untuk melihat bagaimana keadaan selepas Hari Raya Aidiladha, sebelum membuat keputusan seterusnya berhubung senarai harga makanan.

Pada 29 Jun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penubuhan sebuah pasukan petugas khas inflasi, meskipun sudah wujud Majlis Tindakan Kebangsaan Mengenai Kos Sara Hidup, bagi menangani peningkatan kos sara hidup.

Pada hari sama, kerajaan membuat pusingan U dengan menghapuskan pengapungan harga ayam, dan sebaliknya menetapkan harga siling baharu sebanyak RM9.40 bagi sekilogram ayam standard di Semenanjung Malaysia.

Langkah itu, yang melibatkan kenaikan 50 sen, berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Ahli politik, pelajar dan belia sejak itu telah turun ke jalan untuk meluahkan kekecewaan mereka terhadap peningkatan kos sara hidup.

Pemimpin AMANAH misalnya, dan kira-kira 200 orang yang tidak berpuas hati mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek di Kampung Baru pada 1 Julai, manakala gabungan kumpulan aktivis belia berhimpun di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pasar Seni pada hari berikutnya.

The Vibes juga sebelum ini mengeluarkan indeks roti canai dan teh tarik yang mendokumentasikan harga kegemaran tempatan di restoran India Muslim (mamak) di seluruh negara.

Pelbagai pengusaha kedai makan merungut bagaimana mereka terpaksa menaikkan harga menu popular untuk memastikan perniagaan mereka diteruskan. - The Vibes, 11 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Nikmati Nasi Ayam Sedap di Nasi Ayam Kee Chup, JB!

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Pertahan Harga Barangan Keperluan, Jauh Lebih Rendah Berbanding Dulu

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Peniaga Dipenjara 15 Hari, Denda RM3,500 Lakukan Kekerasan Terhadap Penguatkuasa MBAS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'