web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja Maut, Rakan Parah Motosikal Terbabas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Jul 2022 12:23PM

Keadaan motosikal yang terlibat dalam kemalangan. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Seorang remaja lelaki maut manakala rakannya cedera parah apabila motosikal ditunggang terbabas dan melanggar batu penghadang tepi jalan di Jalan Gasing, Petaling Jaya di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, nahas pada jam 2.39 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berusia 20 tahun dan rakannya, 19 tahun yang membonceng motosikal tersebut sedang dalam perjalanan ke rumah.

“Kemalangan berlaku apabila motosikal berkenaan terbabas ketika melalui selekoh jalan dan terlanggar batu penghadang tepi jalan.

“Mangsa, penunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya cedera parah,” katanya hari ini.

Beliau berkata, polis memohon saksi yang melihat atau berada di tempat kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran.

“Saksi juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran  di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. - Getaran, 11 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah