web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Sekeluarga Maut, Kereta Bertembung Dengan Lori

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 4:38PM

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa daripada kenderaan. - Gambar dari Facebook Friends of Bomba Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SARATOK - Empat sekeluarga termasuk bayi berusia setahun tiga bulan maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori berhampiran simpang Roban, Sarawak pagi tadi.

Komander Operasi, PBK I Yusuf Tamin berkata, Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak menerima panggilan berhubung kejadian kemalangan itu pada jam 6.53 pagi dan segera mengaktifkan sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi.

“Tiga mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 7.41 pagi, manakala pemandu kereta masih tersepit.

“Kesemua mangsa kemudian berjaya dikeluarkan namun disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan paramedik,” katanya hari ini.

Menurut Yusuf, mangsa yang maut ialah seorang lelaki berusia 30 tahun, seorang wanita berusia 28 tahun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dan bayi berusia setahun tiga bulan.

Katanya, Ketua BBP Saratok, PPgB Muhd Shukur bin Jamaludin turut berada di lokasi kejadian untuk meninjau kerja-kerja menyelamat. - Getaran, 11 Julai 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi