web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ajal Selepas Bermain Mahjung, Warga Emas Maut Ditembak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 7:09PM

ACP Amihizam Abdul Shukor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tempatan ditemukan meninggal dunia dengan kesan tembakan selepas pulang bermain mahjung dari rumah rakannya di Jalan Desa Kiara 1, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner (ACP) Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 12.09 tengah malam.

“Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa selesai bermain mahjung dan keluar dari rumah terbabit menuju ke kereta jenis Toyota Vellfire miliknya yang diparkir di luar kawasan perumahan berkenaan.

“Seorang saksi di tempat kejadian mengatakan melihat mangsa melintas di hadapannya untuk ke tempat letak kereta.

“Namun tidak berapa lama kemudian, saksi terdengar bunyi tiga das tembakan dari arah tempat letak kereta,” katanya hari ini.

Menurut beliau, saksi terbabit mendapati mangsa sudah terbaring di sebelah keretanya dalam keadaan berlumuran darah ketika dia pergi ke arah lelaki itu.

“Polis sedang giat mengesan suspek yang terbabit dalam pembunuhan berkenaan,” katanya.

Amihizam memberitahu, semakan mendapati mangsa yang berusia 63 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan sudah tidak bekerja.

“Motif kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222; Hotline Polis Kuala Lumpur, 03-2115 9999 atau mana-mana balai berhampiran,” ujarnya. - Getaran, 12 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka