web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Amy Mungkin Ada Perilaku ‘Caper’, Cenderung Cari Perhatian - Pakar 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 8:26PM

Amy mengejutkan negara apabila menanggal tudung dan membuka pakaiannya di hadapan ramai ketika mengadakan persembahan komedi solo di sebuah kelab di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Siti Amira Natasya Abdullah yang didakwa menghina agama Islam semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, di sini mungkin memiliki perilaku ‘caper’ atau ‘cari perhatian’, sehingga mendorongnya mencetuskan kontroversi demi meraih tumpuan ramai.

Pensyarah Kanan Program Psikologi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shazli Ezzat Ghazali berkata, perbuatan dan perilaku ditonjolkan Siti Amira atau Amy itu jelas menampakkan bahawa dia mahukan perhatian serta populariti dengan cara yang mudah.

“Mungkin individu itu ‘attention seeker’. Apabila seseorang individu merasakan dirinya ‘tak terlihat’, dia mungkin akan mencari perhatian sebagai cara untuk untuk mengembalikan rasa percaya dirinya.

“Atas sebab ini, tak hairanlah jika dia akan mencari validasi agar melihat dirinya sendiri lebih baik dan berharga berbanding orang lain,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini.

Dr Shazli Ezzat Ghazali
Dr Shazli Ezzat Ghazali

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas kecenderungan sesetengah individu untuk bertindak melampaui batas pemikiran normal, termasuk menghina agama dan menyinggung sensitiviti tertentu.

Menurut Shazli, individu seperti Amy mungkin tanpa sedar mengalami konflik pendirian yang mendorong dirinya bertindak ke tahap ekstrem, sehingga tergamak menghina agama dianuti.

Beliau yang juga Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan itu memberitahu, seseorang individu yang melakukan perkara ganjil seperti ini, lazimnya berniat untuk menjadi lebih popular walaupun dengan cara menjelikkan.

Katanya, individu tersebut juga mungkin mengalami ‘bangkitan hiper’ iaitu gangguan emosi sehingga mereka tidak dapat mengawal dorongan dan keinginan bagi mencapai satu tahap yang diigini.

“Bukan hanya mencari perhatian, faktor persekitaran turut mendorong mereka berkelakuan ganjil atau memalukan diri sendiri.

“Ada juga segelintir yang mengalami kejutan budaya dan berdepan masalah untuk mengadaptasi diri atau dalam sesetengah kes, terlalu berasimilasi sehingga menghilangkan jati diri sebenar, contohnya pelajar dari kalangan masyarakat Timur yang terpengaruh dengan budaya serta norma hidup bebas penduduk Barat,” katanya.

Shazli berkata, gangguan keperibadian histrionik (histrionic personality disorder) adalah gangguan keperibadian yang menimbulkan perasaan tidak nyaman pada seseorang jika dia tidak menjadi pusat perhatian.

Tambahnya, wanita yang berdepan gangguan seumpama ini memiliki hasrat untuk terus diperhatikan dan sering bertindak dramatis untuk mencari serta mendapatkan perhatian daripada orang lain.

“Mungkin untuk memiliki ‘views’ atau pujian daripada penonton, individu tersebut megambil langkah drastik untuk menghina agama Islam semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi di sini,” ujarnya.

Jelas beliau, tindakan undang-undang oleh pihak berpatutan seperti polis dan Jabatan Agama Islam amat diperlukan bagi menangani isu ini.

“Jika seseorang individu sanggup berkelakuan tidak waras demi kelebihan dan keuntungan diri sendiri, mereka harus bersedia untuk menerima kesan dan akibat daripada tindakan itu.

“Jika mereka dikenakan tindakan undang-undang, individu tersebut tidak boleh dikecualikan dengan alasan gangguan mental, kerana apa yang dialami menjurus kepada faktor tersendiri,” katanya. - Getaran, 12 Julai 2022




 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global