web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kereta Dipecah Masuk, Wanita Hilang Komputer Riba, Ipad

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 8:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SABAK BERNAM - Sebuah beg berisi komputer riba dan iPad ialah antara barangan yang dilarikan penjenayah, ketika seorang wanita sedang menikmati hidangan makan tengah hari bersama keluarga di sebuah restoran di Sekinchan, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kejadian itu dipercayai berlaku  antara jam 2 hingga 2.30 petang, apabila mangsa yang berusia 36 tahun berhenti menjamu selera di premis berkebaan. 

“Sisatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 70 meter dari premis terbabit.

"Bagaimanapun, pemeriksaan polis mendapati, kereta Proton Saga milik mangsa tidak mempunyai sebarang kesan pecah pada cermin atau kesan umpil," katanya hari ini.  

Menurut beliau, kejadian itu menyebabkan mangsa kehilangan lima beg berisi barangan peribadi selain sebuah beg berisi komputer riba dan iPad

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Sekinchan bagi tindakan lanjut oleh pihak polis.

“Usaha mengesan suspek masih giat dijalankan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk bekerjasama bagi membantu siasatan,” katanya.

Agus Salim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Kami meminta orang awam sentiasa memastikan kenderaan dikunci dengan rapi sebelum meninggalkannya untuk melakukan sebarang urusan," ujarnya. – Getaran, 12 Julai 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka