web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Buka 13 Kertas Siasatan, Terima 72 Laporan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Jul 2022 9:55PM

Kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 13 kertas siasatan dibuka di seluruh negara, melibatkan 72 laporan berkaitan penipuan pakej haji oleh tiga agensi pelancongan yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM3.95 juta.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kesemua 72 laporan itu diterima daripada mangsa dan keluarga.

“Setakat ini jumlah kerugian terkumpul dianggarkan RM3.95 juta, dengan laporan tertinggi diterima di Kuala Lumpur, melibatkan 24 kes.

“Jumlah kerugian bagi 24 kes itu ialah RM1.24 juta,” katanya hari ini.  

Menurut beliau, sebanyak 14 laporan diterima di Selangor, Pahang (13), Kelantan, Johor, dan Perak masing-masing lima laporan, manakala satu laporan diterima di Terengganu, Negeri Sembilan serta Pulau Pinang.

“Jumlah kerugian paling tinggi direkodkan di Pahang iaitu RM1.6 juta diikuti Kuala Lumpur (RM1.2 juta) dan Selangor (RM440,000).

“Selain itu, Kelantan dilaporkan mencatatkan kerugian RM209,000, Johor (RM176,000), Perak (RM171,000), Kedah (RM48,000), Terengganu (RM38,000), Pulau Pinang (RM32,000) dan Negeri Sembilan (RM16,000),” ujarnya.

Jumaat lalu Getaran melaporkan, sebanyak 17 laporan diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA daripada mangsa dan keluarga mangsa bakal jemaah haji, yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Susulan itu, lima suspek termasuk sepasang suami isteri dipercayai pemilik syarikat pelancongan berkenaan ditahan Jumaat lepas dan direman sehingga Selasa.

Menurut laporan Polis Selangor, reman terhadap kesemua suspek berusia lingkungan 30 hingga 60 tahun itu disambung sehari lagi sehingga esok, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Getaran, 12 Julai 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah