web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harga Minyak Masak Sawit Akan Diturunkan Berperingkat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 7:26PM

Keputusan Pasukan Jihad Tangani Inflasi menurunkan harga minyak masak sawit secara berperingkat disambut baik Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK). - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keputusan Pasukan Jihad Tangani Inflasi menurunkan harga minyak masak sawit secara berperingkat disambut baik Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, sejak kebelakangan ini, harga pasaran minyak sawit sentiasa berubah berdasarkan kepada faktor dan sentimen pasaran semasa.

“Pihak KPPK menyambut baik pengumuman Pasukan Jihad Tangani Inflasi mengenai harga minyak masak sawit akan diturunkan secara berperingkat.

“Keputusan ini ekoran persetujuan daripada pihak industri minyak masak sawit untuk menyelaraskan harga keperluan tersebut berasaskan harga pasaran minyak sawit semasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, KPPK mengadakan beberapa siri dialog bersama pemain industri minyak masak sawit untuk mencari penyelesaian menangani isu kenaikan harga barang keperluan ini, tanpa menjejaskan daya saing sektor berkenaan.

“Harga minyak sawit mula menunjukkan trend peningkatan ketara bermula pada pertengahan tahun 2020 dan sudah beberapa kali memecahkan rekod harga tertinggi dalam sejarah industri sawit negara pada Januari 2021 hingga Mei 2022.

“Peningkatan harga minyak sawit mentah (MSM) menyebabkan harga produk minyak sawit, termasuk minyak masak meningkat dengan ketara di pasaran tempatan,” ujarnya.

Menurut Zuraida terdapat empat faktor utama yang menyumbang kepada lonjakan harga MSM, iaitu  pengeluarannya rendah, peningkatan harga minyak kacang soya (SBO), kenaikan harga minyak mentah Brent (BCO) dan prestasi eksport minyak sawit kukuh di pasaran utama.

Tambahnya, bagaimanapun, peningkatan harga minyak masak masih diimbangi kerajaan menerusi subsidi kepada 60,000 tan atau 60,000,000 kilogram minyak masak peket (1kg polibeg) sebulan bagi menampung keperluan pengguna tempatan, terutama untuk golongan B40.

“Harga minyak masak peket bersubsidi untuk pengguna tempatan adalah RM2.50 sekilogram, berbanding harga pasaran sebenar sekitar RM6.00 sekilogram.

“KPPK yakin dengan kerjasama jentera kerajaan di semua kementerian berkaitan, harga minyak masak akan turun secara berperingkat,” jelasnya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan terus mengadakan sesi libat urus bagi mencari penyelesaian ‘menang-menang’ untuk semua, terutama memastikan kebajikan pekebun kecil sawit terus dipelihara. – Getaran, 15 Julai 2022.

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Harga Beras Putih Import Turun Antara RM2 Ke RM3 Berkuat Kuasa Hari Ini - KPKM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi