web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penipuan Kewangan Digital: Suara Seolah Diketepikan, PKR Tubuh Kumpulan Bela Mangsa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 7:54PM

Lee Chean Chung - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Isu penipuan kewangan digital yang semakin membimbangkan harus mendapat perhatian daripada pihak bertanggungjawab, termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Lee Chean Chung.

Menurut beliau, di bawah Akta Bank Negara 2009, BNM mempunyai tanggungjawab untuk mempromosikan kestabilan monetari dan kewangan, justeru wajib institusi berkenaan mempertahankan keyakinan dan kepentingan awam berkenaan dengan keselamatan sistem perbankan Malaysia.

“Kita semua sedar bahawa kes penipuan kewangan online (online financial fraudster) ini bukan perkara remeh.

“Saya percaya dengan pemantauan serta kawal selia ketat dan kuat oleh BNM, bank komersil yang mengutamakan keuntungan akan menjadi lebih peka kepada tanggungjawab sosial mereka, selain mengimbangkan kepentingan awam dengan lebih adil,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Chean Chung berkata, menurut laporan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, sebanyak 1,354 kes penipuan dalam talian direkodkan dengan kerugian sebanyak RM59.6 juta hanya pada separuh suku tahun pertama 2022.

Katanya, jumlah tersebut bersamaan dengan purata tujuh kes sehari dan kerugian sebanyak RM44,000 bagi seorang mangsa di negeri tersebut.

“Sudah genap sebulan saya mengutus surat kepada Tan Sri Nor Shamsiah, Gabenor BNM mengenai kebimbangan penipuan kewangan digital. Saya turut mengemukakan empat cadangan untuk memperkuatkan lagi usaha membanteras penipuan yang makin berleluasa.

“Namun apa dikesalkan sehingga hari ini, saya belum menerima apa-apa maklum balas daripada surat dihantar tangan kepada beliau itu. Jika seruan dan suara wakil rakyat juga boleh ditolak dan tidak diendahkan sebegitu, bayangkan ribuan mangsa yang mendahagakan bantuan daripada BNM!,” tegasnya.

Justeru, Chean Chung berkata, pihaknya menubuhkan Kumpulan Sokongan Mangsa-mangsa Penipuan Kewangan Online sebagai alternatif bagi menangani isu terbabit.

Katanya, orang ramai yang menjadi mangsa penipuan kewangan atas talian boleh hadir ke Ibu Pejabat Parti PKR pada 21 Julai ini bagi memperjuangkan nasib masing-masing.

“Bantuan guaman serta usaha pemerkasaan akan diberikan kumpulan tersebut supaya rakyat Malaysia yang menjadi mangsa ini dapat terus memperjuangkan nasib mereka dan akhirnya sampai kepada pihak berkuasa.

“Kumpulan sokongan ini juga akan membawa dorongan dasar supaya badan kawal selia kita menjadi sejiwa dengan rakyat jelata, bukan bersekongkol bersama elit yang tidak menghiraukan kesengsaraan kita,” tambahnya. – Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Polis Terima 547 Laporan Kes Penipuan 3 Syarikat Pelaburan

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Simulasi Memancing Data Tingkat Kesedaran Keselamatan Siber, Ancaman Penipuan 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sebahagian Wang Pinjaman 1MDB Masuk Ke Akaun Najib - Penganalisis BNM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka