web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tawar Khidmat Kereta Sewa Cekik Darah, 2 ‘Ulat’ Diberkas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 8:41PM

Penumpang yang tidak membuat tempahan awal kereta sewa dan teksi, menjadi sasaran utama ‘ulat’ yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan secara haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penumpang yang tidak membuat tempahan awal kereta sewa dan teksi, menjadi sasaran utama ‘ulat’ yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan secara haram dengan mengenakan tambang ‘mencekik darah’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, ‘ulat’ tersebut mengenakan tambang antara RM100 hingga RM150 kepada penumpang warganegara serta pelancong asing dari KLIA ke Kuala Lumpur dan Shah Alam.

“Pihak kami (JPJ) menahan dua individu dipercayai menawarkan perkhidmatan kereta sewa secara haram di KLIA hari ini.

“Kedua-dua lelaki tersebut ditahan hasil intipan pihak kami di sekitar KLIA yang menjadi lokasi ‘ulat’ kereta sewa terbabit mencari pelanggan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki tempatan berusia 65 dan 43 tahun itu, menjadikan kenderaan jenis Toyota Innova serta Honda City sebagai kereta sewa haram.

Jelasnya, operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan pihaknya dan tindakan tegas bakal diambil kepada ‘ulat’ yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa haram.

Khairul Khar berkata, mana-mana individu didapati bersalah menjalankan aktiviti tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) yang memperuntukkan hukuman denda mencecah RM50,000 atau lima tahun penjara.

“Sesiapa yang bersubahat melakukan aktiviti ‘ulat’ ini juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1) di bawah akta sama.

“Sehubungan itu, orang awam dinasihat agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan sah, sama ada melalui kaunter disediakan di KLIA/KLIA 2 atau membuat tempahan menerusi aplikasi e-hailing,” ujarnya. – Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

4

Semasa 4 bulan yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka