web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemburuan Haram, Warga Emas Antara 3 Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Jul 2022 12:29PM

Penahanan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OKB) itu turut membawa kepada rampasan dua laras senapang angin, 40 biji peluru jenis guli, sebilah pisau dan telefon bimbit - Gambar Facebook Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga individu termasuk seorang warga emas ditahan selepas didapati berburu secara haram di Tapak Ramsar Tasik Bera, Pahang Ahad lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, penahanan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OKB) itu turut membawa kepada rampasan dua laras senapang angin, 40 biji peluru jenis guli, sebilah pisau dan telefon bimbit.

“Kesemua individu tersebut ditahan kira-kira jam 7.30 malam, dalam operasi yang turut membabitkan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan Veteran Angkatan Tentera dan Orang Asli  (VeTOA).

"Ketiga-tiga warga tempatan itu disyaki terlibat sebagai pemburu haram susulan rampasan dua haiwan liar, dipercayai pelanduk," katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

 

[OPERASI BERSEPADU KHAZANAH (OBK) ZON TENGAH] Satu rondaan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) oleh anggota daripada...

Posted by Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia on Friday, July 15, 2022

Menurut beliau, kesemua suspek yang berusia 34 hingga 72 tahun dibawa ke Balai Polis Triang, Pahang untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 60 (1) (b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

“Orang  ramai yang menjalankan aktiviti tangkapan (memburu), menjual atau menyimpan apa-apa hidupan liar yang disenaraikan di dalam Akta 716 tanpa sebarang lesen permit atau permit khas boleh didenda sehingga maksimum RM1 juta dan penjara sehingga 15 tahun.

“Sebarang aduan dan maklumat berkaitan aktiviti terlarang ini boleh disalurkan kepada Perhilitan di talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my,” katanya. - Getaran, 16 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini