web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Restoran Naan Keju Diserbu, 4 PATI Pakistan Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 7:07AM

Khairul Dzaimee Daud - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Empat pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Pakistan ditahan dalam satu operasi Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) di sini, Khamis lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Khairul Dzaimee Daud berkata, empat warga Pakistan tersebut dikesan berkhidmat sebagai pembuat roti di sebuah restoran yang terkenal dengan juadah naan keju.

“Operasi ini dijalankan berdasarkan aduan awam yang gusar akan status tukang masak warga asing, sama ada mempunyai dokumen sah dan sudah mendapat suntikan tifoid untuk mengendalikan makanan.

“Restoran tersebut didapati menggunakan khidmat PATI dari Pakistan sebagai pembuat roti di restoran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, terdapat empat pekerja dari Pakistan dalam premis terbabit, yang bekerja sebagai pembuat naan keju dan tukang cuci ketika pemeriksaan dilakukan.

“Semua mereka didapati tidak mempunyai dokumen yang sah untuk bekerja di restoran itu.

“Keempat-empat PATI berusia lingkungan 26 hingga 44 tahun itu ditahan dan dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan serta tindakan lanjut,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata, dua notis untuk hadir memberi keterangan turut dikeluarkan kepada pekerja warga tempatan yang berada di dalam premis semasa serbuan dijalankan.

“Pihak majikan diberi amaran supaya tidak menggajikan PATI kerana tindakan tegas akan dikenakan jika didapati bersalah.

“Orang ramai digesa supaya terus menyalurkan maklumat supaya tindakan penguatkuasaan dan undang-undang dapat dilaksanakan ke atas PATI dan majikan yang masih berdegil,” tambahnya. - Getaran, 17 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Selera 2 minggu yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Pengusaha Restoran Bertahan Tidak Naikkan Harga Demi Pelanggan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi