web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Memandu Bawah Pengaruh Alkohol, 5 Ditahan Dalam Operasi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Jul 2022 11:26AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima lelaki ditahan dalam Operasi Alkohol dan Pelbagai Kesalahan sekitar ibu kota malam tadi, kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KBSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya Deputi Supritenden (DSP) Mohd Ayop Abu berkata, operasi berkenaan dilaksanakan selama tiga hari bermula Khamis lalu dan berakhir semalam.

“Kelima -lima lelaki terbabit ditahan dalam pemeriksaan polis selepas didapati memandu melebihi paras alkohol dibenarkan.

“Bagi kesalahan ini, kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM30,000 jika sabit kesalahan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, operasi sama turut memeriksa 272 individu dan 240 kenderaan.

Polis jelas beliau lagi, turut mengeluarkan 33 saman terhadap pemandu kenderaan dan penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan.

“Kita akan sentiasa melaksanakan penguatkuasaan ini dengan tegas bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya lain, sekali gus terhindar daripada sebarang bencana terutama melibatkan pemandu mabuk.

“Pengguna jalan raya juga diingatkan untuk sentiasa fokus semasa pemanduan dan tidak melanggar undang-undang ditetapkan,” ujarnya. - Getaran, 17 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka