web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sistem Tak Berfungsi: Menteri Cabar Koo Ham Bersamanya Ke Putrajaya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 4:45PM

M. Saravanan mencabar Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) untuk bersamanya ke Putrajaya bagi melihat sendiri keberkesanan sistem yang digunakan untuk pengambilan pekerja asing. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan mencabar Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) untuk bersamanya ke Putrajaya bagi melihat sendiri keberkesanan sistem yang digunakan untuk pengambilan pekerja asing.

Saravanan melontar cabaran tersebut sebagai reaksi kepada dakwaan Koo Ham bahawa sistem terbabit tidak berfungsi dengan baik, dan menyifatkan Menteri Sumber Manusia itu membuat satu pembohongan besar.

"Sistem memang berfungsi baik dan tiada masalah. Saya cabar Beruas selepas dewan ini terus ke Putrajaya, kita sama-sama semak," kata Saravanan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau sebelum itu menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) berkaitan isu pemprosesan kemasukan pekerja asing dari Bangladesh.

Menjawab soalan tersebut, Saravanan menambah, dari segi pelaksanaan, kementerian telah menghapuskan penglibatan ejen bagi kemasukan pekerja asing terbabit dan memperkenalkan permohonan secara dalam talian (online).

Menerusi langkah tersebut, tambahnya, tiada lagi dokumen permohonan akan dihantar ke kementerian secara fizikal.

"Apabila mereka memohon, mereka boleh dapat. Masalah sekarang, ia adalah jabatan baharu di bawah kementerian maka kita perlu sedikit masa. Setakat ini kita telah luluskan lebih 200,000 pekerja asing dan tidak perlu melalui majikan ejen lagi," katanya lagi.

Sebagai respons, Koo Ham menyifatkan jawapan Saravanan sebagai pembohongan besar kerana mendakwa permohonan menerusi dalam talian itu bermasalah.

"Baru saya dapat lagi aduan, hendak buat pindaan kepada butir-butir syarikat mesti pergi Putrajaya kemudian Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen kata sistem tidak berfungsi dan suruh datang untuk memohon bagi pindaan selepas akhir Ogos. Apa ini? Kita rugi banyak.

"Ini satu jenayah amat teruk sekali. Menteri KDN dan Sumber Manusia mesti bertanggungjawab," dakwanya. 

Koo Ham seterusnya menyahut cabaran Savanan itu. - Getaran, 19 Julai 2022


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

4

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global