web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemerdagangan Manusia, Malaysia Kekal Tahap 3 Laporan Tip 2022

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 12:30PM

Selain Malaysia, Amerika Syarikat turut menambah 4 lagi negara iaitu Vietnam, Kemboja, Brunei dan Macau dalam senarai hitam pemerdagangan manusia. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia kekal pada kedudukan Tahap 3 (Tier 3) dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang (Us Tip Report) 2022.

Menurut laporan yang dikeluarkan hari ini, kerajaan gagal mencapai piawaian minimum terhadap usaha menghapuskan pemerdagangan manusia.

Dalam laporan tahunan tersebut, kerajaan Malaysia telah mengambil "beberapa langkah" untuk menangani isu pemerdagangan, seperti meminda Akta Antipemerdagangan Manusia dan Akta Pekerjaan untuk memasukkan definisi buruh paksa yang lebih luas.

Namun, kerajaan tidak sepenuhnya memenuhi piawaian minimum bagi aspek penghapusan pemerdagangan dan tidak melakukan usaha yang ketara untuk berbuat demikian, walaupun dengan mengambil kira kesan wabak COVID-19 terhadap kapasiti anti-pemerdagangan negara.

Malaysia diletakkan dalam Senarai Pantau Tahap 2 dari 2018 hingga 2020 sebelum turun ke Tahap 3, peringkat terendah, tahun lepas.

“Kerajaan Malaysia terus menggabungkan jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan pendatang, yang menghalang penguatkuasaan undang-undang dan usaha mengenal pasti mangsa.

“Siasatan anti-pemerdagangan merosot dan kerajaan tidak mendakwa atau mensabitkan pegawai kerajaan yang didakwa terlibat dalam jenayah pemerdagangan,” menurut laporan itu.

Tambah laporan itu, seperti tahun-tahun sebelumnya, kerajaan tidak menangani secukupnya atau menyiasat dari segi jenayah dakwaan yang diyakini daripada pelbagai sumber mengenai pemerdagangan buruh dalam industri pengeluaran getah dan minyak sawit.

Selain itu, AS menambah empat lagi negara iaitu Vietnam, Kemboja, Brunei dan Macau dalam senarai hitam pemerdagangan manusia, di samping Malaysia.

Negara itu diletakkan dalam senarai hitam atas dakwaan kelemahan usaha untuk menghentikan pekerjaan seks secara paksa atau membantu pekerja asing.

Dalam pada itu, laporan tersebut turut mendedahkan bahawa sistem keadilan jenayah Malaysia berdepan kekangan sumber dan ‘penerapan kemahiran asas penyiasatan dan pendakwaan tidak sekata’, yang ada kalanya menghalang pihak berkuasa kehakiman daripada meneruskan kes pemerdagangan.

Laporan tahunan AS itu juga menyarankan aspek siasatan dipertingkat dengan ketara, dan memberi lebih perhatian kepada pendakwaan dan sabitan untuk semua bentuk pemerdagangan, termasuk terhadap pegawai yang bersubahat.

Katanya, pegawai Imigresen digesa supaya latihan anti-pemerdagangan pegawai imigresen juga perlu dipertingkat, khususnya di barisan hadapan, malah latihan sedemikian perlu untuk mengenal pasti dan merujuk kes pemerdagangan yang disyaki kepada polis.

Jelasnya, harus ada  ada peningkatan yang ketara dalam pengawasan majikan dan agensi pengambilan buruh.

“Penunjuk pemerdagangan seperti tidak membayar gaji dan penahanan pasport  harus dirujuk kepada polis untuk siasatan jenayah,” katanya. 

Kedudukan Tahap 1 menunjukkan bahawa kerajaan mengakui kewujudan pemerdagangan manusia dan berusaha untuk menanganinya.

Negara Tahap 2 pula didapati tidak mematuhi sepenuhnya piawaian minimum Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan dan Keganasan AS tetapi sedang melakukan usaha yang hebat untuk mematuhi piawaian tersebut.

Negara Tahap 3 pula tidak mematuhi piawaian minimum sepenuhnya dan tidak melakukan usaha yang ketara untuk berbuat demikian. – Getaran, 20 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'