web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Sedang Lengkapkan Kertas Siasatan Penipuan Pakej Haji, Terima 47 Laporan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 5:27PM

Azmi Abu Kassim - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung kes penipuan pakej haji sedang dalam proses untuk dilengkapkan sebelum dirujuk ke Pejabat Peguam Negara, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim.

Menurut beliau, pihaknya menerima 47 laporan melibatkan kerugian berjumlah RM2 juta.

Katanya, polis sudah menahan lima individu termasuk tiga wanita berusia 28 hingga 51 tahun bagi membantu siasatan kes.

“Kesemua suspek telah direman selama tiga hari mulai 14 hingga 16 Julai lalu.

“Mereka diserahkan kepada polis kontinjen Johor sebaik tamat tempoh reman,” katanya.

Azmi berkata, orang ramai yang menjadi mangsa diminta tampil membuat laporan pada kadar segera.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Pada 8 Julai lalu, sekitar 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, dua lelaki dan tiga wanita di beberapa lokasi di sekitar ibu negara, susulan laporan yang diterima.

Mereka terdiri daripada pemilik agensi pelancongan dan isterinya, seorang ejen serta dua pekerja agensi berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin semalam memaklumkan, polis menerima 121 laporan penipuan pakej haji dan umrah menggunakan visa furada.

Kesemua penipuan itu katanya, melibatkan kerugian lebih RM5.1 juta di seluruh negara. - Getaran, 20 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global