web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Segera Bentang RUU Perkhidmatan Parlimen, BERSIH Hantar MOU 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 1:33PM

Datuk Seri Wan Junaidi Tuaku Jaafar memegang memorandum yang diserahkan oleh BERSIH di depan bangunan Parlimen - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan didesak untuk segera membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat kali ini.

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Thomas Fann berkata, ia bagi melaksanakan sebuah reformasi yang masih tertangguh serta meyakinkan masyarakat bahawa kerajaan masih komited kepada reformasi dalam Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik.

BERSIH serah memorandum di hadapan bangunan Parlimen - Gambar oleh Syeda Imran
BERSIH serah memorandum di hadapan bangunan Parlimen - Gambar oleh Syeda Imran

“Usaha mengembalikan undang-undang perkhidmatan Parlimen melalui penggubalan RUU Perkhidmatan Parlimen dan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen Malaysia seharusnya menggunakan pendekatan ‘collaborative mode’ di antara kerajaan dan masyarakat sivil (CSO).

“Usaha bersama ini boleh bermula dengan kesediaan kerajaan membentangkan draf RUU Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen yang lebih komprehensif serta terperinci untuk diteliti, disemak dan dirunding secara bersama dan terbuka oleh CSO di Malaysia,” katanya kepada media ketika penyerahan MOU Pengembalian Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen Dan Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen Malaysia di sini hari ini.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ahli Parlimen lain termasuk Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Thomas Fann ketika menyerahkan MOU Pengembalian Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen Dan Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen Malaysia di sini hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran
Thomas Fann ketika menyerahkan MOU Pengembalian Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen Dan Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen Malaysia di sini hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Turut menerima memorandum tersebut ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

MOU berkenaan menerima sokongan 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan lima individu iaitu mantan Ahli Dewan Negara, Datuk Ismail  Yusop, mantan Ahli Parlimen Balik Pulau, Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff, mantan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, Pakar Hal Ehwal Parlimen, Maha Balakrishnan dan Muhamad Nadhir Abdul Nasi.

MOU berkenaan menerima sokongan 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan lima individu - Gambar oleh Syeda Imran
MOU berkenaan menerima sokongan 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan lima individu - Gambar oleh Syeda Imran

Turut hadir ialah Gabungan Gerakan Mahasiswa yang menyerahkan memorandum mengandungi cadangan bagi menangani isu kenaikan harga barangan khusunya harga ayam ketika ini.

Gabungan berkenaan dalam memorandum tersebut turut menyentuh beberapa isu lain seperti subsidi barangan, penambahbaikkan ‘Jihad Taskforce’ serta diskaun pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). - 21 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang