web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cuaca Tidak Menentu, Kekeliruan Ibu Bapa Tingkat Penularan ILI - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Jul 2022 6:59AM

Kanak-kanak adalah golongan paling berisiko dijangkiti ILI kerana tahap imuniti mereka masih rendah terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cuaca tidak menentu mutakhir ini dilihat sebagai faktor utama peningkatan kes Influenza Like Illness (ILI), khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, ibu bapa harus mengambil maklum kesihatan anak-anak apabila negara mula berdepan perubahan cuaca.

“Lazimnya di negara kita setiap tahun pada Disember hingga Februari, statistik kes influenza memang tinggi disebabkan musim tengkujuh, dan ia diburukkan pula oleh cuti sekolah dan perayaan.

“Tidak cukup dengan itu, ancaman COVID-19 juga masih berleluasa, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan,” katanya kepada Getaran.

Dr. Zainal Ariffin Omar
Dr. Zainal Ariffin Omar

Menurut beliau, masih ramai rakyat Malaysia tidak dapat membezakan flu atau demam selesema biasa dengan ILI kerana flu adalah penyakit musim sejuk yang sering berlaku di negara beriklim sederhana.

Simptom yang seakan sama katanya, menyebabkan ibu bapa sering keliru dan tidak memulakan rawatan awal sebaik anak mereka dijangkiti ILI.

“Kanak-kanak adalah golongan paling berisiko kerana tahap imuniti mereka masih rendah.

“Kekeliruan ibu bapa yang pada awalnya memikirkan anak mereka dijangkiti selesema biasa juga mendorong ILI semakin merebak, apabila mereka tidak melaksanakan pencegahan awal,” katanya.

Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh
Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh

Sementara itu, Pakar Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, kerajaan boleh mengusahakan pemberian ‘influenza kit’ bagi mengesan penyakit ini.

“‘Influenza Kit’ ini haruslah mampu milik dan tersedia seperti COVID-19 kit yang boleh didapati di mana-mana kedai atau farmasi pada harga mampu milik.

“Dengan adanya kit ini, ia berupaya membantu dan memudahkan rakyat mengesan virus berkenaan sebaik dijangkiti pada peringkat awal,” katanya.

Jelas beliau, penyediaan suntikan vaksin influenza secara percuma juga diyakini mampu mengawal jangkitan daripada terus menular.

“Sana sini, bekalan ubat-ubatan untuk merawat influenza semakin berkurangan, justeru vaksin dilihat sebagai antara pemudah cara, apatah lagi jika ia disediakan pada harga berpatutan.

“Kita sedia maklum, vaksin influenza majoritinya hanya tersedia di premis kesihatan swasta pada harga yang amat mahal. Tak semua mampu mendapatkan suntikan berkenaan,” katanya.

 Dr Hanafiah Bashirun
Dr Hanafiah Bashirun

Dalam perkembangan berkaitan, Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata, peranan ibu bapa amat penting dalam mengekang penularan wabak influenza yang semakin serius.

“Influenza boleh merebak melalui cecair atau titisan dari tekak serta mulut yang terlepas ke udara.

 Ini boleh berlaku apabila seseorang pesakit batuk, bersin atau bercakap. Ia juga boleh merebak melalui tangan yang dicemari oleh virus influenza.

“Di sinilah letaknya peranan ibu bapa, iaitu mengambil pencegahan awal sebaik menyedari wujud tanda atau simptom berkaitan.

“Asingkan anak mereka daripada terus bergaul di luar rumah kerana bagi sesetengah kanak-kanak, virus ini mampu mengancam nyawa.

“Bersedia dengan stok ubatan yang perlu dan dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan sama ada swasta atau kerajaan, jika ubatan yang ada tidak mampu meredakan simptom dialami,” katanya. - Getaran, 22 Julai 2022



 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'