web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Digesa Sokong Akta Kawalan Tembakau, Hapuskan Tabiat Merokok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 6:54PM

Gesaan itu dibuat demi mengelakkan generasi baharu khususnya yang beragama Islam daripada terjebak dengan tabiat merokok dan menggunakan produk berasaskan rokok seperti rokok elektronik, vape dan shisha. - Gambar hiasan pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Semua ahli parlimen khususnya yang beragama Islam digesa menyokong penuh pengenalan Akta Kawalan Tembakau dan Merokok, sekali gus mewujudkan peruntukan berkaitan Generasi Penamat dalam sidang Dewan Rakyat kali ini.

Satu gabungan melibatkan 51 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam satu kenyataan bersama berkata, adalah menjadi tanggungjawab semua ahli parlimen berkenaan untuk melindungi nyawa rakyat.

Jurucakap gabungan berkata, gesaan itu dibuat demi mengelakkan generasi baharu khususnya yang beragama Islam daripada terjebak dengan tabiat merokok dan menggunakan produk berasaskan rokok seperti rokok elektronik, vape dan shisha.  

“Kami berharap dapat menerima sokongan semua rakyat serta berdoa agar akta tersebut diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” katanya hari ini.

Menurut jurucakap itu, komuniti Islam termasuk jawatankuasa masjid, surau atau mana-mana persatuan diminta terus menggalakkan dan menyokong sebarang usaha yang diambil perokok untuk menghentikan tabiat itu, termasuk melalui perkhidmatan disediakan kerajaan.

“Kami amat berharap akta ini dapat diguna atau dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan berkenaan untuk menghentikan atau menjauhi tabiat merokok, menggunakan vape dan produk berkaitan.

 “Kami juga berharap agar larangan merokok ini segera dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam di setiap negeri yang telah menfatwakan haram terhadap penggunaan rokok dan vape. Hormati juga semua fatwa yang telah mewartakan tabiat merokok sebagai haram,” katanya. 

Kenyataan itu antara lain ditandatangani oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM), Persatuan Kesihatan Ikram Malaysia (Ikram Health) dan Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM).

Ia turut menerima sokongan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADA). – Getaran, 22 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Agong Beri Lampu Hijau Ambil Tindakan Tegas Pada Ahli Parlimen Melampaui Batas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad