web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja Maut, 4WD Terbalik Selepas Hilang Kawalan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 6:11PM

Keadaan pacuan empat roda (4WD) selepas terbalik beberapa kali. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang remaja  berusia 18 tahun maut apabila kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya terbabit dalam nahas melibatkan dua kenderaan lain di Jalan Kinabalu, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira kira jam 2.45 pagi itu, 4WD berkenaan dipercayai dipandunya hilang kawalan, sebelum terbalik beberapa kali.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, mangsa yang dipercayai bekerja sebagai penjual ikan disahkan meninggal dunia  di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

“Siasatan awal mendapati mangsa 4WD jenis Toyota Hilux itu dari arah pusat bandar menghala ke Jalan Kuching.

“Setiba di lokasi kejadian,  kenderaan itu dipercayai terbabas ke pembahagi jalan lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar  sebuah Honda CRZ Hybrid serta Honda HRV yang datang dari arah bertentangan,” katanya hari ini.

 Beliau berkata, pemandu Honda HRV yang berusia 32 tahun pula mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, pemandu Honda CRZ Hybrid yang merupakan pemuda berumur 25 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian,” ujarnya.

Tambah Azmi, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik/JSPT), Jalan Tun HS Lee, melalui talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran. – Getaran, 23 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang