web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PDRM - SPRM Lancar Kerjasama Strategik Banteras Rasuah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 6:48PM

Kerjasama itu antara lain memfokus kepada usaha menghindari jenayah tersebut khususnya oleh penjawat awam. - Gambar dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR –  Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan kerjasama strategik bagi meningkatkan kesedaran ramai berhubung jenayah rasuah.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kerjasama itu antara lain memfokus kepada usaha menghindari jenayah tersebut khususnya oleh penjawat awam.

“Program tersebut turut mendidik warga PDRM agar mengamalkan nilai murni dan berintegriti dengan menolak amalan rasuah,” katanya hari ini.

Menurut beliau, di Taman Jaya, Petaling Jaya itu dihadiri Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Seri Azri Ahmad dan Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Nurahim Abd Rahim. 

“Pada program itu, kita adakan bersama upacara melafaz dan menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR).

“Pelaksanaan program ini selaras dengan Pelan Antirasuah PDRM 2020-2024 yang juga terjemahan manifestasi komitmen PDRM dalam menyahut seruan kerajaan untuj menjadikan negara bebas rasuah dan berintegriti tinggi,” katanya.

Jelas Noorsiah, jalinan kerjasama ini adalah kesinambungan daripada memorandum persefahaman yang dimeterai bersama SPRM sejak 2016 dalam usaha menangani jenayah rasuah dengan lebih berkesan. - Getaran, 23 Julai 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi