web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelaksanaan TRIS Kepada Pemegang Kad UNHCR Keterlaluan, Tiada Perikemanusiaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 1:59PM

Dua badan bukan kerajaan (NGO) telah mendakwa Sistem Pengesan Maklumat Pelarian (TRIS) di negara ini adalah tidak berperikemanusiaan dan boleh disalahguna - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sistem Pengesan Maklumat Pelarian (TRIS) untuk mengesan semua pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini adalah tidak berperikemanusiaan dan boleh disalahguna.

Dakwaan itu dibuat dua badan bukan kerajaan (NGO), Beyond Borders dan Alliance of Chin Refugees (ACR) menerusi kenyataan bersama yang mengkritik keputusan kerajaan untuk menggunakan TRIS bagi semua pemegang kad UNHCR di negara ini.

“Menteri dalam negeri berkata sistem itu bukan hanya menentukan di mana pelarian tinggal, tetapi juga untuk ‘tujuan pekerjaan atau menjalankan perkara lain’. Apakah ‘perkara lain’ ini?

“Perlindungan pelarian yang diwujudkan sentiasa berkaitan dengan soal keselamatan. Ini membimbangkan berikutan tangkapan dilakukan dan penahanan terhadap pelarian ketika serbuan Imigresen (Jabatan Imigresen Malaysia), selain ditahan polis walaupun mempunyai kad PBB sah,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua NGO itu mengatakan, pihaknya menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin supaya berunding dengan NGO dan ketua masyarakat pelarian terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk melaksanakan sistem berkenaan.

Jelasnya, sistem TRIS akan menjadi faktor risiko dihadapi pencari suaka, susulan negara masih belum komited kepada mana-mana undang-undang antarabangsa yang mengawal perlindungan pelarian.

Mereka mendakwa,TRIS akan terus mengawal kebebasan pergerakan pelarian yang disekat, seterusnya menghalang mata pencarian mereka.

“Pelarian adalah antara orang paling teraniaya di seluruh dunia dan kami berharap kerajaan Malaysia tidak akan menggunakan teknologi punitif untuk merompak hak pelarian bagi mendapatkan suaka atau hidup dengan bermaruah,” ujarnya.

Kelmarin, Hamzah berkata, semua pemegang kad UNHCR di negara ini mesti mendaftar dengan TRIS untuk mengenal pasti lokasi mereka selepas Jemaah Menteri meluluskan penggunaan sistem itu.

Menurut beliau, sistem itu sudah melalui ujian percubaan selama beberapa tahun sebelum diluluskan untuk dilaksanakan secara besar-besaran. - Getaran, 25 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka