web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Operator Scammer, 2 Termasuk Rakyat Taiwan Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Jul 2022 6:08PM

Dua individu termasuk seorang warga Taiwan antara yang diberkas kerana dipercayai terlibat memperdaya mangsa untuk bekerja sebagai operator 'scammer' dan judi dalam talian - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Dua individu termasuk seorang warga Taiwan antara yang diberkas kerana dipercayai terlibat memperdaya mangsa untuk bekerja sebagai operator 'scammer' dan judi dalam talian di Myanmar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, kegiatan tersebut disyaki aktif sejak awal Jun lalu.

“Modus operandi sindiket ini adalah menawarkan gaji lumayan serta kehidupan mewah untuk memperdaya mangsa bekerja sebagai operator 'scammer' dan judi dalam talian di Myanmar dan UAE.

“Suspek warga Taiwan ini berperanan mencari rakyat tempatan untuk bekerja sebagai operator bagi kegiatan 'scammer' dan judi dalam talian dengan menerima upah sebanyak AS$1,000 bagi setiap seorang,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek warga tempatan pula berperanan sebagai pemandu bagi menghantar mangsa ke lapangan terbang mengikut jadual penerbangan ditetapkan.

Katanya, kegiatan yang dijalankan dua suspek berumur 35 dan 45 tahun itu bagaimanapun berjaya dibongkar apabila mereka diberkas dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Setia Impian di sini, Jumaat lalu.

Mengulas lanjut, S. Sasikala Devi berkata, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan serta dokumen dipercayai digunakan untuk penghantaran mangsa.

“Antara dirampas ialah enam unit telefon bimbit, 14 pasport Malaysia atas nama individu yang berlainan, 14 keping borang pemeriksaan COVID-19 atas nama individu yang berlainan, 19 borang 'Visa Approval to Myanmar' atas nama individu yang berlainan, tujuh borang Visa Negara Dubai atas nama individu yang berlainan, lima pasport mempunyai borang pemeriksaan COVID-19 dan visa ke Myanmar.

“Selain itu, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang dipercayai disewa turut dirampas dalam serbuan dijalankan,” ujarnya.

Jelas beliau, berdasarkan siasatan pihak polis, mereka yang menjadi mangsa dipercayai masih belum bertolak ke negara yang dinyatakan susulan penemuan kepada beberapa pasport ketika serbuan.

Tambahnya, polis juga masih belum menerima sebarang laporan daripada ahli keluarga mangsa terlibat setakat ini.

“Siasatan masih dijalankan melibatkan jumlah mangsa yang terlibat dalam kegiatan ini dan kedua-dua suspek kini direman empat hari untuk siasatan lanjut.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terperdaya dengan mana-mana pihak atau individu yang cuba menawarkan gaji lumayan untuk bekerja di luar negara,” katanya. - Getaran, 25 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini