web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wajibkan Dashcam Setiap Kenderaan, Apa Kata Pakar?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Jul 2022 10:50AM

Kamera papan pemuka - Gambar hiasan dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan kamera papan pemuka atau dashcam dalam kenderaan langkah baik untuk semua pemandu kerana rakaman video itu boleh dijadikan bahan bukti penting di mahkamah bagi kes langgar lari.

Bagaimanapun, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua berpendapat, pemasangan aksesori itu tidak wajar diwajibkan dalam setiap kenderaan.

Sebaliknya, beliau berkata, pemilik kenderaan digalakkan untuk berbuat demikian bagi tujuan keselamatan.

“Tidak dinafikan memang ramai pemandu memasang dashcam di kenderaan masing-masing, tetapi tidak wajar jika kerajaan mewajibkan penggunaannya.

“Apa yang perlu dilakukan adalah kita menggalakkan pemasangan aksesori itu sebab ia melibatkan soal kemampuan orang ramai,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan perlu memperkenalkan satu peruntukan undang-undang dan peraturan yang jelas berhubung penggunaan rakaman video dashcam sebagai bahan bukti di mahkamah sebelum mewajibkan pemasangan aksesori itu.

“Tanpa adanya satu peruntukan undang-undang dan peraturan yang jelas, saya khuatir sebarang rakaman direkodkan tidak boleh digunakan dalam tuntutan atau prosiding di mahkamah.

“Akhirnya orang ramai akan menyalahkan kerajaan kerana mewajibkan penggunaan aksesori tersebut tetapi rakaman video tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah,” katanya.

Pada masa sama, Teik Hua turut mengesyorkan agar pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di jalan raya, terutamanya di kawasan berisiko tinggi atau ‘hotspot’ kemalangan diperbanyakkan bagi mengurangkan insiden langgar lari.

Katanya, kes langgar lari berlaku disebabkan pelaku panik dan takut dengan implikasi yang bakal dihadapinya.

“Jika CCTV diperbanyakkan di jalan raya, walaupun berlaku kes langgar lari, pihak berkuasa masih boleh mengesan suspek dengan segera.

“Malah ahli keluarga mahupun mangsa juga tidak perlu menunggu bertahun-tahun lamanya untuk menuntut keadilan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah memperbanyakkan pemasangan CCTV bukan sahaja dapat menjamin keselamatan pengguna jalan raya malah berupaya membendung kegiatan jenayah.

Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan peruntukan dana bagi tujuan tersebut.

“PBT di setiap negeri harus memperuntukkan lebih banyak dana bagi pemasangan CCTV yang boleh membendung pelbagai kegiatan jenayah dan juga kes langgar lari.

“Jika ada CCTV, ia diharap dapat membantu mangsa yang terlibat dan memudahkan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan memandangkan bahan bukti dah ada,” katanya.

Sementara itu, Lam Thye turut mencadangkan agar suspek kes langgar lari dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan mereka.

Katanya, tiga seksyen di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45 juga perlu dikaji semula bagi menambah baik undang-undang sedia ada dengan hukuman lebih tegas.

“Saya cadangkan kepada kerajaan supaya mengenakan hukuman lebih berat terhadap  pemandu kes langgar lari yang menyebabkan kemalangan maut.

“Amat wajar jika diteliti semula hukuman berdasarkan piawaian antarabangsa serta hukuman lebih berat dan tegas perlu dikenakan. Tapi apakah jenis hukuman itu, kita perlu dapatkan dahulu input daripada pelbagai pihak,” katanya. - Getaran, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 5 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 6 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah