web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Curi Besi Scrab RM3,000, Pemandu Lori Antara Dua Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 4:39PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori dan rakannya ditahan selepas terlibat dalam kegiatan pecah masuk sebuah premis dan mencuri besi scrab bernilai RM3,000 di Jalan 5/20, Pandan Indah, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, penahanan kedua-dua suspek berusia 35 dan 39 tahun itu dilakukan kira-kira jam 7.30 malam selepas satu laporan polis dibuat pemilik premis.

“Pada 18 Julai lalu, pihak polis menerima satu laporan daripada seorang pemilik premis di Jalan Merdeka Ria, Kampung Baru Ampang mengenai kejadian pecah masuk.

“Pemilik menyedari pintu ‘shutter door’ belakang premisnya dalam keadaan terbuka separuh ketika dia berada di premisnya kira-kira jam 9.30 pagi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk Eshak - Gambar fail
Mohamad Farouk Eshak - Gambar fail

Menurut beliau, semasa pemeriksaan lanjut di permis terbabit, pemiliknya mendapati pintu belakang telah diumpil dan beberapa besi scrab turut hilang dipercayai dicuri.

Katanya, susulan laporan itu, polis telah mengenal pasti suspek terlibat sebelum melakukan tangkapan.

Mengulas lanjut, Mohamad Farouk berkata, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pertama mempunyai 10 rekod jenayah manakala suspek kedua pula lapan jenayah tidak dikehendaki.

“Kedua- dua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini.

“Pihak polis turut merampas beberapa jenis besi bersama lori yang digunakan serta peralatan pecah rumah dalam milikan suspek,” katanya.

Ujarnya lagi, kedua-dua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun keseksaan kerana melakukan kesalahan pecah rumah/premis dengan melakukan pencerobohan dalam bangunan bagi tujuan melakukan curi.

“Pihak polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan melakukan pecah rumah atau premis,” katanya. - Getaran, 27 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global