web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peniaga Lega Elektrik Pulih Selepas Sejam ‘Panik’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 4:59PM

Premis di Suria KLCC terpaksa ditutup sementera dengan tali halangan ketika bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang terputus, tengah hari tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Latiff

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas panik seketika akibat elektrik tiba-tiba terputus, peniaga di beberapa premis perniagaan di sini lega apabila bekalan itu pulih sejam kemudian.

Tinjauan Getaran di beberapa kawasan, termasuk pusat beli belah NU Sentral dan Surai KLCC di sini yang didakwa mengalami gangguan terbabit mendapati, bekalan elektrik pulih seperti sedia kala.

Menurut peniaga di Suria KLCC, bekalan eletrik di situ terputus kira-kira sejam, menyebabkan premis perlu ditutup sementara.

“Sebenarnya lebih kurang sejam jugak ‘blackout’ (bekalan elektrik terputus) di Suria KLCC.

“Kami (pihak premis) terpaksa tutup sementara kedai sepanjang tempoh itu kerana urusan jualan, termasuk transaksi tidak dapat dilakukan,” katanya ketika ditemui Getaran.

Manakala, peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Siti berkata, premisnya ditutup sementara dengan ‘velvet rope’ (tali halangan) susulan ‘store shutter’ (pintu premis) berfungsi secara elektronik.

“Jadi kami tutup sementara waktu dan kini baru kami buka selepas ada bekalan (elektrik) ini,” katanya.

Keadaan di dalam Suria KLCC ketika gangguan elektrik berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung, tengah hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Keadaan di dalam Suria KLCC ketika gangguan elektrik berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung, tengah hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Bagi seorang pekerja premis pakaian, walaupun bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba, keadaan pusat membeli-belah itu tidak terlalu gelap kerana waktu siang.

“Mujurlah ‘blackout’ ketika siang, kalau malam rasanya memang akan jadi gelap gelita, tetapi apapun kami tetap menutup premis kami atas faktor keselamatan selama sejam.

“Kami tutup sementara tiada bekalan elektrik kerana takut ada insiden tidak dijangka berlaku, seperti tiba-tiba ada ingin ambil kesempatan tiada elektrik ini untuk mencuri barang,” ujarnya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, beberapa lokasi di seluruh Lembah Klang mengalami gangguan bekalan elektrik, terutama di sebahagian kawasan Hulu Langat, Subang Jaya dan Shah Alam, Selangor; KLCC, Kuala Lumpur serta Nilai, Negeri Sembilan.

Kawasan lain yang terjejas termasuk Bukit Jalil, Selayang, Bukit Damansara, Segambut, Sri Hartamas dan Cheras, Kuala Lumpur, selain Petaling Jaya, Sunway, Seri Kembangan serta Bangi, Selangor.

Menurut The Vibes, ia menerima laporan mengenai bekalan elektrik terputus di Kota Baru, Kelantan; Ipoh, Perak; Pulau Pinang; Kuantan, Pahang dan Seremban, Negeri Sembilan dan Kedah.

Selain itu, perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Lembah Klang turut terjejas akibat gangguan tersebut.

Menerusi ciapan disiarkan pada 1.41 tengah hari, Rapid KL mengumumkan bahawa perkhidmatan Laluan Ampang/Sri Petaling terganggu.

Selain itu, Malaysia Airports Holding Bhd melaporkan bahawa operasi di terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terganggu akibat masalah bekalan elektrik.

Pada masa sama, netizen melaporkan mengenai gangguan bekalan elektrik dialami mereka menerusi media sosial, termasuk menyebabkan perkhidmatan penghantaran seperti Grab terjejas.

Mereka memaklumkan, pesanan penghantaran dan tempahan yang dibuat ketika tempoh gangguan bekalan elektrik itu, dibatalkan. - Getaran, 27 Julai 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah