web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gangguan Bekalan Elektrik: Bomba Selangor Terima 11 Kes Terperangkap Dalam Lif

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 6:54PM

Beberapa anggota Bomba membantu mangsa yang terperangkap dalam lif. - Gambar ihsan Bomba Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima 11 kes membabitkan individu terperangkap di dalam lif di premis yang terjejas dengan gangguan bekalan elektrik di Selangor hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima 11 panggilan kecemasan membabitkan 10 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di negeri berkenaan berhubung kejadian itu.

“Antara kawasan yang kami terima laporan kes terperangkap di dalam lif adalah PJ Centre Stage Seksyen 13 menerusi BBP Petaling Jaya dan Condo Liberty (BBP Ampang).

“Kami turut menerima panggilan kecemasan kes sama di 1-2F Jakan Setia Perdana, Bandar Setia Alam melalui BBP Kota Anggerik,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerusi BBP Penchala turut menerima panggilan kecemasan di Flat Taman Seri Sentosa dan BBP Serdang di Bangunan MIEC berhubung kes sama.

Katanya, sebanyak dua panggilan kecemasan turut diterima BB Kajang dari Jalan Kidamai 2/1, Taman Industri Kidamai dan Metro Avenue Kajang.

“Kita turut menerima panggilan kecemasan kes terperangkap dalam lif di Jaya One, Jalan Universiti Seksyen 13 membabitkan BBP Damansara dan Icon City menerusi BBP Subang.

“Kita juga menerima panggilan kecemasan di Green Resident Jalan Sayang membabitkan BBP Pandan dan Menara Jalan Dataran SD2 menerusi BBP Sungai Buloh,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam semua kejadian itu. – Getaran, 27 Julai 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi