web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Belanja Hampir RM6.2 Bilion Setahun Rawat Pesakit Akibat Merokok - Khairy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Jul 2022 8:54PM

Kos rawatan bagi seorang pesakit merokok elektronik (Vape) atau Vaping Associated Lung Injury (EVALI) untuk 12 hari kemasukan ke hospital adalah RM150,000. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Hampir RM6.2 billion dibelanjakan kerajaan bagi rawatan pesakit akibat merokok pada tahun 2020 dan jumlah itu melebihi pulangan kutipan cukai produk tembakau bernilai RM3 billion diperoleh negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kos rawatan itu dijangka meningkat sehingga RM8.8 bilion menjelang tahun 2030.

“Satu jumlah besar dibelanja kerajaan bagi kos rawatan pesakit merokok di negara ini.

“Ramai mungkin tidak tahu kos ditanggung kerajaan ini adalah lebih tinggi daripada jumlah kutipan cukai produk tembakau,” katanya melalui video di aplikasi TikTok hari ini.

Khairy Jamaluddin - Gambar fail
Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Khairy berkata, kos rawatan bagi seorang pesakit merokok elektronik (Vape) atau Vaping Associated Lung Injury (EVALI) untuk 12 hari kemasukan hospital adalah RM150,000.

Menurutnya, rawatan bagi pesakit rokok elektronik itu sangat mahal dan rakyat tidak sedar mengenai isu berkenaan.

Beliau berkata, dengan adanya Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok, industri rokok elektronik dapat dikawal selia.

“Kita boleh pastikan cecair vape yang dijual dikawal dengan baik dan lulus ujian makmal. Jadi pengguna tidak akan jatuh sakit,” tambahnya.

Khairy berkata, pengusaha rokok elektronik menyatakan sokongan terhadap akta itu.

“Mereka mahu dikawal selia dan kerajaan juga boleh kutip cukai jualan vape dianggarkan RM500 juta setahun,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, menerusi pelaksanaan peruntukan generasi penamat (GEG), Kementerian Kesihatan (KKM) bukan sahaja mampu mengurangkan kos rawatan akibat komplikasi rokok, malah paling penting dapat menyelamatkan nyawa dua juta rakyat Malaysia.

“Merokok bukan sahaja membunuh, tetapi memberi impak (buruk) besar kepada ekonomi negara,” jelasnya. – Getaran, 27 Julai 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah