web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pusat Hiburan Diserbu, 9 GRO Warga Asing Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 9:01PM

Polis telah menahan 9 wanita warga asing yang bekerja sebagai GRO di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu, semalam. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sembilan wanita asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya berkata, dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang bertugas sebagai penjaga premis.

"Sembilan wanita berkenaan berusia antara 30 hingga 40 tahun dan polis turut merampas dua pembesar suara, satu resit perniagaan, satu set pengadun muzik, satu pembesar muzik, satu komputer riba dan satu set peralatan internet dalam serbuan itu,” katanya.

Menurut beliau, semakan lanjut mendapat premis berkenaan tidak mempunyai sebarang lesen untuk beroperasi sebagai pusat hiburan.

"Semua individu yang ditahan direman selama empat hari bermula hari ini hingga 31 Julai untuk siasatan lanjut.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992 atas kesalahan tidak memiliki lesen hiburan dan Seksyen 55 B Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing tanpa permit sah," ujarnya.

Noor Dellhan berkata, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 39 B Akta Imigresen kerana menyalahgunakan permit pekerjaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai sebarang perlakuan jenayah diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482222.

"Pihak polis akan sentiasa meningkatkan operasi dan pemeriksaan di premis hiburan, selain membuat pemantauan terhadap aktiviti pub serta kelab malam yang tidak mematuhi undang-undang," tambahnya. – Getaran, 28 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global