web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kelulusan RUU Anti Lompat Parti Disambut Baik Tapi Ada Kelemahan Perlu Diperbaiki

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 11:54AM

Kelulusan itu menjadi penanda aras kepada kejayaan Memorandum Transformasi dan Kestabilan Politik (MoU) yang memperlihatkan perbincangan dan kerjasama secara profesional antara ahli politik. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyambut baik keputusan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, semalam.

Jurucakap BERSIH memaklumkan, kelulusan itu menjadi penanda aras kepada kejayaan Memorandum Transformasi dan Kestabilan Politik (MoU) yang memperlihatkan perbincangan dan kerjasama secara profesional antara ahli politik.

Katanya, pemimpin politik dari parti berbeza akan duduk sekali berbincang mengenai dasar bagi membawa demokrasi negara ini bergerak satu langkah ke hadapan.

“Kelulusan RUU itu juga sebagai satu permulaan kepada perkembangan yang lebih progresif, adil dan kukuh untuk menghadapi cabaran politik pada masa hadapan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun katanya, BERSIH mengenal pasti masih ada sekurang-kurangnya dua kelemahan dalam RUU tersebut yang perlu diperbaiki pada masa hadapan.

Menurutnya, kelemahan pertama adalah RUU ini tidak menangani isu berkaitan dengan parti yang bertukar gabungan selepas pilihan raya (coalition hopping).

"Langkah Sheraton berlaku akibat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan seterusnya membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan sokongan gabungan Muafakat Nasional oleh UMNO dan PAS,” katanya.

Ujarnya lagi, kelemahan kedua pula adalah wakil rakyat yang dipecat parti diberikan pengecualian dan tidak perlu mengosongkan kerusi disandang.

"Dengan mengecualikan pemecatan daripada takrifan lompat parti, undang-undang antilompat ini akan dilemahkan kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berpaling tadah melawan parti tidak akan meletakkan jawatan dan menunggu sehingga dipecat untuk mengekalkan kerusi di dalam Dewan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, BERSIH turut menekankan mekanisme terbaik untuk menangani gejala lompat parti ini adalah Undang-Undang Prosedur Pecat Wakil Rakyat (Recall Law).

Katanya, jika mana-mana wakil rakyat yang keluar parti atau menukar parti tidak secara automatik dikosongkan kerusi.

"Keputusan sama ada wakil rakyat tersebut perlu kekal atau tidak, perlu diberikan kepada rakyat semula untuk menentukan melalui prosedur atau petisyen bagi memecat wakil rakyat tersebut.

"Undang-undang ini akan memperkasakan lagi kuasa rakyat dan memastikan rakyat sentiasa cakna dengan prestasi wakil rakyat mereka kerana asas memecat wakil rakyat tidak hanya terhad kepada pertukaran parti sahaja,” katanya.

Tambahnya, semua pembaharuan dan penambahbaikan ini amat penting untuk mengiringi RUU Anti Lompat Parti yang diluluskan supaya negara lebih stabil, progresif dan demokratik.

Semalam, RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga dengan sokongan majoriti melebihi dua pertiga.

Undi belah bahagian yang dimulakan pada jam 4.45 petang itu menyaksikan seramai 209 bersetuju, manakala 11 lagi tidak hadir.

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas selesai kiraan dibuat pada jam 5.12 petang.

RUU paling dinanti-nanti itu diluluskan selepas dibahas selama dua hari oleh 54 ahli Parlimen mewakili pelbagai parti politik daripada pihak kerajaan dan blok pembangkang. - Getaran, 29 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka